Jika anda tidak mengenali kumpulan K-Pop BTS maka anda memang katak bawah tempurung. Populariti mereka cukup kuat di seluruh dunia, memang hebat!
Tapi penulis tidak ambil pusing akan populariti mereka, apa yang menarik perhatian adalah cara salah seorang anggota kumpulan mempelajari Bahasa Inggeris membuatkan penulis kagum.
BTS RM bukan sahaja miliki fizikal tinggi lampai, manis dengan senyuman dilengkapi lesung pipit, bahkan ‘berotak’ juga, mungkin itulah yang seksi tentangnya.
Tengok koleksi buku yang dibaca – Genius, Tak Sangka BTS RM Baca Buku Genre Macam Ni
Kita dapat lihat menerusi penulisan lirik dalam setiap lagu ciptaannya – cara dia bermain dengan kosa kota yang meluas, di samping pemilihan struktur ayat setiap kali berucap, apa sahaja yang RM tidak boleh lakukan. Itu baru dalam bahasa ibundanya, Korea, tak dengar lagi yang versi English.
Tonton Sitkom Friends
Secara majoriti RM melakukan wawancara Bahasa Inggeris dengan sendiri kerana dia satu-satunya ahli yang fasih. Tapi bagaimana dia melakukannya? Anda patut terima kasih kepada ibunya yang menyuruh RM belajar English.
RM mendedahkan bahawa dia mendapat kemahiran berbahasa Inggeris atas usahanya menonton sitkom popular, Friends. Dia menjelaskan ketika dia masih muda, rata-rata ibu di Korea percaya bahawa siri itu merupakan bantuan pembelajaran yang berguna dan penting dan menyuruh anak-anak menontonnya sepanjang masa. Tak salah penulis RM tonton siri Friends lebih sembilan kali. Ke silap?
RM sendiri bersetuju bahawa ia memang membantu dia belajar bercakap bahasa Inggeris – walaupun awalannya agak susah tapi kini berkat usaha dia boleh berucap di United Nation.
Siapa sangka dengan menonton anda boleh fasih bahasa asing. Good for you, RM!
Kini dengan canggihnya teknologi, anda memang boleh belajar English dengan mudah. Yang penting jangan putus asa dan malu!