Tahniah buat Afrika Selatan yang berjaya merangkul gelaran Miss Universe untuk tahun 2019!
Ketika menyarung mahkota Miss Universe 2019 kepada Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan, mata kita tertumpu kepada kejelitaan Miss Universe tahun lepas, Catriona Gray dari Filipina.
Cukup cantik dalam balutan gaun berbulu rona biru laut dengan rambut didandan sanggul, aura wanita tinggi lampai ini tidak dapat disangkal lagi. Katanya gaun yang disarung bukan calang-calang, ada rahsia di sebalik pembuatannya.
Menurut perekanya Mak Tumang yang barkongsi di Instagram, inspirasi di sebalik gaun ikonik yang dipanggil “Reflection” adalah daripada burung Philippine Eagle.
“Walaupun keupayaannya untuk terbang tinggi, ia masih boleh melihat ke bawah. Ini menunjukkan sifat kerendahan hati dalam apa keadaan sekalipun – walau jauh kita terbang, kita akan berbalik kepada akar umbi jua.
Burung Kebangsaan Filipina
Philippine Eagle atau dalam bahasa kita Burung Lang Monyet telah diisytiharkan sebagai burung kebangsaan Filipina. Telah diisytiharkan oleh Fidel V. Ramos secara rasminya pada 4 Julai 1995. Burung ini juga digambarkan dalam setem 12 yang tergambar diantara 1967 dan 2007. Mana-mana pembunuhan burung ini akan diterima hukuman penjara 12 tahun serta denta yang amat berat.
Proses Menyiapkan Gaun “Reflection”
Sangat terperinci dan memang cantik!