Kamu Ikut Cara Ini, Gerenti Si Dia Tak Pandang Lain!

Dalam perhubungan kamu dan pasangan akan melalui pelbagai cabaran dan rintang perlu di harungi sebelum hubungan tersebut menjadi matang. Tetapi berapa ramai pasangan yang dapat bertahan sebelum hubungan tersebut menjadi matang dan akhirnya putus di tengah jalan.

IKLAN

Di sini wanista ingin berkongsi tips dan cara bagaimana si dia tetap akan sentiasa cinta dan menyayangi diri kamu. Biasalah, wanita apabila berada dalam fasa perhubungan, ada saja karenah-karenah atau perangai wanita yang kadang kala membuat orang lelaki ni pening kepala dan naik menyampah.

Lagi satu, wanista juga akan berkongsi petua mengenai bagaimana untuk mencegah si dia berlaku curang terhadap kamu. Almaklum dugaan banyak sangat, tetapi kamu jangan risau kerana jika dia benar-benar jodoh kamu hubungan tersebut akan tetap bertahan dari segala badai yang mendatang.

Untuk pengetahuan kamu, kebanyakkan orang lelaki ni sebenarnya tidak menipu atau curang, kalau mereka menipu atau curang bukanlah bermaksud mereka tidak menyayangi kamu tetapi keinginan mereka berlainan.

Sesetengah orang lelaki ni cepat bosan dan mereka mahu bermanja-manja bersama pasangan mereka. Malah mereka juga tidak mahu kebebasan mereka di sekat. Jadi ini apa yang perlu kamu lakukan agar hubungan kamu kuat bertahan dan si dia juga tidak pandang lain!

#1 Berani Meneroka Perkara Baru Bersama

Foto – iamexpat.nl

Dalam perhubungan, menukar sesuatu menjadi serasi dan selesa sangat mudah tetapi yang menakutkan dalam perhubungan adalah kamu tidak mahu mencuba sesuatu yang baru.

Lalu dek kerana perasaan yang di rasai membuatkan kamu tidak mahu meneroka dan bereksperimentasi bersama si dia.

Ingat, jika kamu tidak mahu mencuba perkara baru akan ada orang lain yang menggantikan tempat kamu.

Kamu harus saling memberi dan menerima bersama si dia dan cuba meneroka sesuatu yang baru untuk mengekalkan kehangatan perhubungan antara kamu dan si dia.

IKLAN

#2 Jadi Diri Sendiri

Foto – mindful.org

Kadang kala apabila perasaan kamu terlalu mendalam dalam perhubungan, ia membuatkan kamu hilang akan diri kamu yang sebenar.

Meski kamu berubah kerana mengikuti apa yang si dia mahukan, tetapi lama kelamaan si lelaki mula sedar bahawa itu bukan sesuatu yang dia mahukan.

Oleh itu, dalam perhubungan kamu perlu jadi diri kamu sendiri dan tawan hati si dia dengan diri kamu yang sebenar.

#3 Jangan Terlalu Mengawal

Foto – management-forum.de

Rasanya dalam mana-mana petua cinta dan perhubungan, ayat nasihat seperti “jangan terlalu mengawal” sering kali di ulang-ulang. Kadang kala kamu tidak sedar apa yang kamu lakukan sebenarnya mengawal tindak tanduk si dia.

Sikap terlalu mengawal akan menghancurkan hubungan kamu dan si dia. Buang semua tabiat seperti membebal tidak tentu pasal, mengadu, mengkritik, mengugut, menghukum dan seumpamanya terhadap si dia.

#4 Tunjukan Betapa Kamu Sangat Menghargai Si Dia

Foto – giftcartblog.com

Mungkin kamu dan si dia telah terlalu lama dalam hubungan membuatkan kamu berasa tidak perlu lagi terlalu mengambil berat terhadap si dia. Perasaan sebegitu tidak sepatutnya timbul, jika kamu benar-benar menyayangi si dia.

Selama mana pun hubungan kamu dan si dia, sentiasa tunjukan yang kamu sangat menghargai dirinya dan mengambil berat tentang si dia.

Dengan menunjukan betapa kamu sangat menghargai si dia, mereka akan berasa di sayangi dan hubungan kamu juga akan kekal positif.

#5 Biarkan Si Dia Menjadi Diri Sendiri

Foto – thebubblesreview.com

Sesetengah orang lelaki yang menipu atau curang ni adalah kerana mereka berasa tidak menjadi diri mereka sendiri semasa berhubungan dengan kamu. Dalam perhubungan kamu harus buatkan mereka merasai kebebasan.

Biarkan mereka dengan ruang dan masa mereka sendiri, jangan cuba untuk memonopoli semua masa si dia. Kamu harus berfikiran terbuka dan biarkan dia menghabiskan masa bersama kawan-kawan, hobi dan sebagainya.

Jangan sesekali sekat kebebasan si dia.

#6 Jaga Emosi

Foto – Mami Verse

Emosi dan wanita berpisah tiada, itulah yang sering di gambarkan untuk wanita dan ianya lebih sinonim dalam perhubungan. Kerana apa, kerana wanita akan lebih berkomunikasi menerusi emosi apabila dalam perhubungan.

Salurkan emosi dengan betul serta jaga emosi kamu agar tidak keterlaluan. Apa yang si dia mahukan adalah, kamu dapat berkomunikasi dengannya secara baik.

#7 Utamakan Hubungan Kamu Dan Si Dia

Foto – Freepik

Apabila kamu telah berkahwin, kebanyakan tumpuan kamu di bahagi-bahagi kepada anak-anak, ibu bapa, kerja dan sebagainya. Tetapi walau macam mana sibuknya diri kamu, kamu tetap harus mengutamakan si dia.

Jangan biarkan si dia berasa tersisih, berikan tumpuan penuh kepada si dia akan membuatkan hubungan kamu dan dia kekal bahagia. Meski telah bertahun-tahun berkahwin!

#8 Belajar Bahasa Cinta Si Dia

Foto – The Heart Foundation

Orang lelaki ni pelik sikit, jadi kamu kena belajar bahasa cinta mereka! Apabila kamu berjaya belajar bahasa cinta yang mereka luahkan kepada kamu, si dia akan berasa dirinya di cintai dan akan kekal setia kepada kamu.

Jadi cuba-cubalah belajar bahasa cinta mereka ya, bukan apa ada sesetengah orang lelaki ni tak tahu bagaimana nak tunjukan dirinya sangat mencintai kamu. Semua yang dilakukan adalah untuk diri kamu. Semoga kamu berjaya menterjemah bahasa cinta si dia ya!

#9 Cari Corak Perhubungan Si Dia

Foto – SEO Clerks

Yang ni penting, di awal perhubungan kamu harus tanya dan selidik sejarah silam kisah perhubungan si dia. Ianya penting untuk mengetahui sama ada si dia dalam kategori yang jenis main kayu tiga semasa dalam perhubungan atau sebaliknya.

Jika si dia tergolong dalam kategori yang ingin berhubungan dengan mana-mana wanita, baik kamu lupakan si dia. Biasanya lelaki kategori seperti ini susah nak berubah, jadi apa yang boleh kamu lakukan adalah mengenalpasti corak perhubungan si dia dari awal.

Agar kamu di terluka di kemudian hari.

#10 Buat Si Dia Rasa Berkeyakinan

Foto – prevention.com

Dalam perhubungan akan ada kelemahan dan kekurangan pada pasangan, oleh itu kamu harus fokus pada perkara-perkara positif yang terdapat dalam diri si dia. Puji keperibadian dirinya yang membuatkan kamu jatuh cinta.

Cuba beri dorongan dan semangat agar si dia berasa berkeyakinan dan percaya kepada kemampuan dirinya sendiri.

#11 Cuba Melihat Sesuatu Menerusi Sudut Pandangan Si Dia

Tiada masalah yang tidak dapat di selesaikan, perbalahan antara pasangan adalah perkara biasa. Jika perbalahan berlanjutan seperti tiada penghujung, kamu harus cuba mengalah dan cuba melihat dari sudut pandangan si dia.

Mungkin alasan dan tindakan yang di lakukan oleh si dia punya maksud yang tersendiri. Kamu juga harus belajar untuk membuat pertimbangan yang sewajarnya dan melihat dari sudut perspektif si dia agar kamu tahu di mana silap kamu.

#12 Jangan Membanding-Bandingkan Hubungan

Foto – insiderguides.com.au

Siapa yang mahu hubungan di banding-banding bersama pasangan yang lain. Setiap pasangan punya pasang surut mereka sendiri dan sudah tentunya tidak akan sama dengan hubungan kamu dan si dia.

Oleh itu, jangan sesekali membezakan dan membandingkan hubungan percintaan kamu dengan orang lain. Sikap membanding-bandingkan ini sangat di benci oleh si dia.

#13 Jangan Menipu

Foto – Bustle

Sebagaimana kamu tidak suka si dia menipu diri kamu, begitu juga dengan dirinya. Orang lelaki juga tidak suka di tipu terutama dengan kekasih hati mereka sendiri. Jika kamu benar-benar cinta dan menyayangi si dia, landaskan hubungan tersebut dengan kejujuran.

Ingat dalam perhubungan kejujuran sangat penting, dan jika kamu mengkhianati kepercayaan yang di berikan, mati hidup balik pun si dia tidak akan kembali semula kepada kamu. Jadi jangan lakukan sesuatu yang akan membuat kamu menyesal seumur hidup.

Ikuti petua ini untuk buat si dia kekal jatuh cinta dengan kamu1!

Rujukan: 1, 2, 3, 4, 5,

cara buat si dia jatuh cintacara tambat hati si diapetua jatuh cintapetua perhubungan bahagiatips untuk wanita
Recommended