Blackpink merupakan gadis muda terdiri daripada Lisa, Jennie, Jisoo dan Rose yang mencipta kemasyuran di serata dunia. Nama mereka cukup gah dalam kalangan semua peringkat usia, sama ada yang tua, muda, malah kanak-kanak mengenali empat orang gadis comel ini.
Dan bila bercakap bab fesyen, Blackpink antara yang beruntung. Masakan tidak, muka mereka antara yang memenuhi kerusi hadapan jenama-jenama hebat dunia, seperti Celine, YSL, Burberry, Chanel, Michael Kors, atau Coach.
Dalam banyak-banyak, stail Jisoo paling penulis berkenan. Gadis paling tua antara Blackpink gemarkan stail yang ringkas, selesa dan feminin. Bila berlibur ke luar negara, ini merupakan item fesyen wajib disarungnya.
Cardigan
Must-have item! Jika dia menyarung shirt dress atau mini dress, cardigan dijadikan pelengkap gaya supaya tidak nampak kosong dan menutup sedikit imej ‘seksi’.
Mini Dress
Lagi pula bila berkunjung ke California, Jisoo acapkali dilihat menyarung mini dress. Sesuai sangat dengan cuaca di sana yang sedikit panas dibandingkan dengan Seoul.
Topi
Jika tak sempat cuci rambut, sorokkan dengan aksesori topi. Itu rahsia penulis, tak tahu pula pada Jisoo…hehehe.. Jisoo ada koleksi fedora, bennie, bucket dan macam-macam lagi.
Sneakers
Sneakers dan orang Korea memang berpisah tiada. Mereka memilih keselesaan berbanding glamor. Jisoo juga seperti remaja Korea lain yang senang menyarung sneakers setiap kali ke luar negara. Senang, selesa dan tak sakit kaki!
Cekak Rambut
Aksesori lain pilihan Jisoo ialah cekak rambut. Jisoo sukakan rekaan simple, contoh cekak rambut klasik rona coklat seperti di bawah.
Ringkaskan stail Jisoo. Kalau dah suka, apa lagi cuba tiru stail begini.
Selamat Beramal!