New cake shop in town!
Pernah dengar tentang “Big Cookie Theory”? Jika anda mencari aneka manisan seperti kek, cookies, macarons, pergi sahaja ke Big Cookie Theory, serius anda tidak akan menyesal sama sekali. Berpeluang merasai manisan Big Cookie Theory, ternyata rasanya boleh tahan, sesuai dengan tekak dan tidak terlalu manis (memandangkan penulis bukanlah peminat manisan) jadi penulis agak cerewet.
Baiklah, Big Cookie Theory ditubuhkan pada tahun 2012 sebaik sahaja pengasasnya, YM Puteri Khalisah Adila tamat belajar dengan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara. Selepas itu beliau mula serius membakar kek sehingga terjadi Big Cookie Theory.
Utuh meraikan tahun ketujuhnya, Big Cookie Theory mempunyai kelompok pengikut yang setia bersama. Apa kelebihan Big Cookie Theory sehingga bertahan sehingga hari ini walhal mereka tidak mempunyai kedai? Jom kita selidik!
Pengasas Sangat Passion Dengan Big Cookie Theory
Asas kepada kejayaan Big Cookie Theory tentu sahaja pada YM Puteri Khalisah Adila. Pada awalnya beliau sekadar suka-suka membakar untuk keluarga, kenalan, bahkan majlis-majlis biasa. Tetapi siapa sangka manisannya menjadi bualan ramai dan popular, serta mendapat permintaan untuk tempahan ke peringkat yang lebih komersil. Pengeluarannya secara semula jadi bertambah dengan peningkatan permintaan sehingga ke hari ini.
“I’m the happiest when creating new recipes and seeing the delight on everyone’s faces when I serve them my bakes” – YM Puteri Khalisah Adila
Resepi Asli Yang Diolah Kreatif
Big Cookie Theory menawarkan pelbagai manisan seperti biskut, brownies, kuih muih, puding, tart, kek, pizza dan pai – yang dibuat dari adunan kuih dan adunan brownie dengan sentuhan ajaib.
Setiap resepi yang terhasil adalah ilham ketika melancong dengan melawat tempat orang, menonton dan belajar daripada pakar yang luar biasa, bahkan eksperimen sendiri, sehingga dapat menghasilkan pelbagai hidangan lazat untuk memenuhi selera pencinta manisan.
Gambar Bikin Telan Air Liur
Inilah cara nak pikat pelanggan. Cara Big Cookie Theory nak mendapatkan gambar yang betul-betul menaikkan selera pelanggan, dengan selalu menggunakan cahaya semulajadi. Ambil gambar berhampiran jendela supaya dapat memanfaaatkan cahaya yang ada.
Luangkan masa anda dalam memilih arah cahaya yang terbaik. Dan snap seberapa banyak yang anda boleh, supaya anda mempunyai banyak pilihan untuk memilih nanti. Sentiasa pastikan pilih sudut terbaik untuk menyerlahkan kek!
YM Puteri Khalisah Adila juga kerap menonton video di Youtube untuk mendapatkan lebih banyak idea agar gambar tidak sama dan bosan.
Harga Berpatutan
Big Cookie Theory hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti, segar dan terbaik sahaja.
Harga untuk brownie dan biskut bermula dari RM150 dan boleh naik setinggi RM500 (untuk tempahan kek khas yang mempunyai kira-kira 3-5 tier). Malah harga biskut seperti red velvet, chocolate chip dan sebagainya hanya RM35 untuk satu balang.
Mudah Didapati
Buat masa ini mereka selesa dengan bekerja di studio home, mempunyai kelonggaran pada waktu kerja dan tiada kekangan. Terdiri daripada empat orang ahli yang bersedia memberikan khidmat terbaik kepada para pelanggan, sekaligus menghantar tempahan di depan pintu rumah sekitar Lembah Klang.
Menurut YM Puteri Khalisah Adila, impiannya sekarang untuk meletak manisan Big Cookie Theory di setiap rak peruncit agar dapat diakses sepanjang masa. Beliau juga bercita-cita untuk berkembang di luar Malaysia.
Jadi, kepada anda yang ingin membuat tempahan, pergi sahaja ke Facebook [SINI] dan Instagram [SINI].
Memang berbaloi tau, servis cepat dan rasa pun sedap!