Krismas datang lagi!
Pavilion KL membawakan kepada anda kemeriahan sambutan “A Starry Christmas”. Kali ini, Pavilion KL bekerjasama dengan The Walt Disney Company Malaysia untuk merasai keajaiban Krismas bersempena dengan pelancaran filem yang sangat dinanti-nantikan, Star Wars : The Rise of Skywalker, sebuah filem terakhir daripada francais STAR WARS.
Replika Millennium Falcon Terbesar
Sekarang hingga akhir tahun, para peminat Star Wars dijemput untuk merasai kehangatan pengembaraan antara galaksi di Centre Court, di mana anda akan disambut dengan ‘lightsabers’ merah dan biru. Ketika anda menuruti Spanish Steps, jangan lupa bergambar dengan Sith Troopers (Stormtroopers merah).
Terapung di tengah Centre Court adalah tidak lain daripada Replika Millennium Falcon Terbesar, yang telah dianugerahkan gelaran oleh Malaysia Book of Records. Berukuran sebesar 30 kaki x 40 kaki, Replika Millennium Falcon yang tersergam indah, menarik para pengunjung dengan pertunjukan cahaya pada pukul 8pm setiap malam.
Belanja Dan Menang
Bukan itu sahaja, dapatkan ganjaran untuk pembelian di seluruh Pavilion KL dengan menebus dan membawa pulang beg bagasi saiz kabin Edisi Terhad Star Wars percuma dengan perbelanjaan minimum RM5,000 dalam satu resit (RM3,000 dengan kad kredit Maybank).
Selain itu, anda juga boleh menebus flask vakum Edisi Terhad Star Wars percuma dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM 1,500 dalam satu resit (RM 1,000 dengan kad kredit Maybank).
Jangan lepaskan peluang ini. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman sesawang Pavilion KL di [SINI] atau hubungi Concierge Pavilion KL di talian 03 2118 8833.