Baru-baru ini Wanista telah bercuti di Lost World of Tambun Ipoh, Perak. Percutian selama dua hari satu malam di sana memberikan pengalaman yang menyeronokan kepada Wanista. Pasti anda semua tertanya-tanya, apa aktiviti yang menarik di sana. Ada tarikan terbaru ke di Lost World of Tambun ni?
Hah, jawapannya ada! Percutian Wanista kali ini cukup menyeronokan dengan kehadiran Barbie dan juga Hot Wheels. Dan bukan itu saja tau, Wanista juga ingin kongsikan kepada anda semua tentang tarikan terbaru di Lost World of Tambun.
2 Hari 1 Malam, Sunway Lost World of Tambun!
Wanista berpeluang bercuti selama dua hari satu malam di Lost World of Tambun, percutian Wanista kali ini bertemankan riuh rendah suasana keriangan kanak-kanak yang tak sabar nak masuk ke taman tema tersebut!
Untuk pengetahuan semua Wanista menginap di hotel Sunway Lost World yang betul-betul berada di hadapan taman tema Lost World of Tambun ni, jalan kaki tiga minit dah sampai di pintu masuk utama taman teman tersebut. Memang dekat sangat-sangat.
Wanista menginap di bilik jenis twin-sharing-bed, ruang bilik yang sedarhana besar sesuai untuk di diami oleh seorang atau dua orang. katil yang empuk dan dekorasi bilik yang santai membuatkan diri yang letih tidak sabar mahu berehat di katil hotel!
Bagi yang datang bersama keluarga besar, anda jangan khuatir kerana terdapat bilik yang besar dan luas khas untuk pengunjung yang datang bersama ahli keluarga yang ramai.
“You Can Be Anything” – Barbie
Setelah puas berehat di bilik hotel, Wanista terus ke taman tema! Rasa teruja pula nak tengok Barbie. Terasa diri kembali ke zaman kanak-kanak apabila melihat rumah dan patung Barbie di sini. Dan anak-anak kecil yang memakai pakaian berwarna merah jambu membuatkan suasana di taman tema begitu ceria dan meriah!
Bagi anda yang ingin membawa ahli keluarga bercuti di Sunway Lost World of Tambun sempena cuti sekolah ini nanti, anda sangat bertuah! Ini kerana pada tahun ini Mattel mengumumkan jelajah Barbie “You Can Be Anything” di taman tema Lost World of Tambun, sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa had dan batas kepada setiap gadis di seluruh negara.
Jadi jika anda dan keluarga merancang untuk bercuti di Lost World of Tambun, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri pelbagai program aktiviti menarik bersama Barbie dan Hot Wheels tau!
Jemputan Parti Minum Petang Oleh Barbie!
Okay, sepanjang sesi jelajah Barbie di taman tema Lost World of Tambun ni. Wanista berpeluang berjumpa dengan Barbie bagi sesi “Meet and Greet” dan Barbie juga menjemput pengunjung yang hadir untuk ke parti minum petang tau!
Hah, apa lagi berpusu-pusulah Wanista bersama pengunjung yang lain ke parti minum petang tersebut. Memang riuh betul suasana masa tu.
Okay, bagi yang ingin berjumpa dengan Barbie, anda jangan risau sebab program jelajah bersama Barbie ini bermula dari 23 November sehinggalah 31 Disember 2019. Jadi rancang percutian sekeluarga sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk bertemu bersama Barbie kesayangan!
Hot Wheels Mula Beraksi!
Okay, segmen Barbie lebih kepada untuk anak-anak perempuankan? Anak-anak lelaki macam mana pula eh? Jangan risau, seperti yang sedia maklum Hot Wheels juga di bawah syarikat Mattel. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan mencabar diadakan khas bagi pengunjung yang membawa anak-anak lelaki mereka.
Di bahagian Hot Wheels ini, Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek perlumbaan setiap hari tau! Bahagian Zon Challege Accepted ini di buka pada jam empat petang setiap hari untuk kanak-kanak. Dan bagi yang memasuki cabaran tersebut berpeluang untuk memenangi hadiah premium dari Hot Wheels. Siapa tak nak kan?
Acara Hot Wheels ini juga akan mula berlangsung dari 23 November sehinggalah 31 Disember 2019, jom beramai-ramai ke Lost World of Tambun dan mula mencabar di zon Hot Wheels!
Eh-eh, Apa Yang Baru Tu?
Seperti yang Wanista umumkan di awalan tadi, terdapat tarikan terbaru di taman tema Lost World of Tambun ni, nak tahu apakah tarikan terbaru tu kamu kena baca sampai habis!
Lost World Glamping
Tarikan terbaru di taman tema ini adalah Lost World Glamping, di mana pengunjung boleh menginap di dalam khemah besar atau chalet terapung yang mewah. Bayang anda tidur ditemani bersama bintang-bintang yang berkilauan di langit malam memberikan pengalaman yang berharga buat diri dan keluarga.
Luminous Forest
Aktiviti di malam hari selain berendam di dalam kolam air panas adalah meneroka Luminous Forest! Hutan yang gelap ini dihiasi dengan lampu-lampu dalam pelbagai bentuk antaranya lampu rama-rama, periuk kera, bunga, tangga bercorak dengan warna-warni lampu nion membuatkan Wanista dan pengunjung yang lain terpukau dengan keindahan panorama di waktu malam.
Percutian yang unik dan menarik ini membuatkan Wanista ingin kembali lagi ke sini dan ingin mencuba pelbagai aktiviti yang menarik dan terdapat di Lost World of Tambun. Bagi yang ingin ke sini dan ingin menikmati pelbagai tawaran menarik, anda boleh layari laman web Sunway Lost World of Tambun dan rancang percutian sekeluarga anda dengan awal!
Selamat bercuti ke Lost World of Tambun!