Tahukah pesakit strok berisiko menghidapi komplikasi sekiranya tidak menerima rawatan yang sewajarnya dengan segera.
Mudahkan anda, Majlis Strok Malaysia (MSC) dan Boehringer Ingelheim berganding bahu melancarkan laman web yang dikenali sebagai MY Stroke Hospital untuk meningkatkan pendidikan strok dan memperkembangkan akses bagi rawatan strok di Malaysia.
Laman web (https://mystrokehospital.my/) ini dilengkapi dengan fungsi peta yang membolehkan orang ramai mengenal pasti hospital berdekatan yang menawarkan rawatan akut strok.
Laman Web MY Stroke Hospital Mudahkan Pengguna
Strok juga dikenali sebagai angin ahmar, adalah satu jenis serangan pada otak yang perlu dirawat dengan serta merta.
Sebanyak dua juta sel otak boleh terjejas dengan setiap minit rawatan ditangguhkan. Oleh itu, ia adalah sangat penting untuk mendidik masyarakat tentang simptom dan tanda-tanda strok. Selain itu, masyarakat juga harus mengambil tahu tanda-tanda strok dan mencari hospital berdekatan yang menawarkan rawatan penyakit akut strok.
Laman Web MY Stroke Hospital membolehkan pengguna mengenal pasti lebih daripada 50 hospital kerajaan dan swasta yang mampu merawat pesakit akut strok di Malaysia. Ia menampilkan ciri peta interaktif di mana pengguna boleh mencari hospital kerajaan dan swasta berdekatan yang menawarkan perkhidmatan perubatan strok berdasarkan lokasi semasa mereka. Peta ini juga memaparkan jarak dan waktu operasi hospital. Sesetengah hospital yang disenaraikan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan ada juga yang beroperasi 24 jam bagi memenuhi keperluan semasa. Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyakit strok di laman web tersebut.
“Pemulihan selepas strok tidaklah mustahi. Jika pesakit menerima rawatan yang sewajarnya dengan segara, mereka mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk pulih dan hidup berdikar. Malangnya, kebanyakan pesakit strok tidak mendapat rawatan dengan segara kerana pesakit strok ataupun ahli keluarga mereka tidak memilih hospital yang sesuai bagi rawatan strok,” kata Profesor Madya Dr Hoo Fan Kee, Presiden, MSC.
Untuk itu, layari https://mystrokehospital.my/ untuk mengetahui lebih lanjut tentang strok dan hospital strok berdekatan.