Alangkah indahnya saat dibuai perasaan, dunia sekeliling umpama kita yang punya dan segala-galanya dirasakan manis belaka. Perasaan sebegini hadir di dalam diri tatkala hati telah jatuh cinta dan terperangkap dalam api cinta yang membara.
Perasaan sedemikian hadir tatkala diri telah jatuh cinta pandang pertama, ianya kedengaran agak cliché tetapi itulah gambaran perasaan hati seorang wanita di saat dirinya telah dilamun cinta. Okay, mungkin tak semua wanita merasai perasaan sedemikian tapi apabila diri telah mula jatuh cinta pastinya dunia di rasakan sangat indah dengan kehadiran si dia!
Perasaan jatuh cinta pandang pertama dikatakan sangat sukar untuk dilupakan kerana si dia adalah insan pertama yang membuatkan jantung kamu berdegup kencang dan membuatkan diri berasa serba tidak kena tatkala berdepan dengan si dia.
Bukan itu saja, gerak geri tubuh juga akan mempamerkan perasaan yang kamu miliki. Saat diri kamu telah jatuh cinta, kamu akan merasai pelbagai perasaan yang datang membanjiri setiap sudut hati. Tetapi bagaimana kamu menilai diri kamu benar-benar merasakan telah jatuh cinta pandang pertama, gambaran perasaan yang bagaimana kamu rasakan ketika memandang si dia pada ketika itu.
Untuk menjawab persoalan-persoalan begini, Wanista telah menemui beberapa gambaran perasaan wanita jatuh cinta pandang pertama. Samaada ianya betul atau tidak hanya mereka yang merasai bibit-bibit jatuh cinta pandang pertama yang mengetahui saat terindah itu.
#1 Merasakan Dialah Orangnya!
Apabila pertama kali bertemu, melihat anak mata yang jernih dan bersih menusuk ke sanubari jiwa, pada ketika itulah lahirnya perasaan yang menyatakan bahawa dialah orangnya yang bisa membuatkan jiwa merasa segala-galanya serba indah dan warna-warni.
#2 Merasakan Wujudnya Perasaan Yang Mendalam
Sesetengah wanita dapat merasakan perasaan yang sangat mendalam semasa pertama kali bertemu dengan si dia. Meskipun, hubungan masih di fasa sekadar berkenalan tetapi perasaan yang sangat mendalam telah muncul dan hubungan yang bakal terjalin menjadi kuat dan utuh.
#3 Merasakan Masa Terhenti
Detik waktu seakan terhenti di saat dilamun cinta, nah perasaan sebegini rasai oleh ramai wanita mahupun lelaki yang telah jatuh cinta. Ruang waktu yang berdetik dirasakan telah berhenti pada waktu-waktu terindah percintaa. Dan pastinya senyuman di bibir sentiasa terukir dengan penuh bahagian!
#4 Jiwa Dipenuhi Dengan Pelbagai Emosi
Wanita dan emosi berpisah tiada, itu adalah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan diri seorang wanita. Dan apabila diri telah terpanah dengan panahan cinta, pelbagai perasaan dan emosi mula memenuhi jiwa dan fikiran wanita. Tapi kadang-kadang terlalu beremosi juga tidak bagus kerana ia akan menjadikan diri overthinking!
#5 Merasa Sangat Bahagia
Mana ada orang yang dilamun cinta tidak bahagiakan? Rata-rata yang dilamun cinta semua merasakan sangat bahagia, malah berharap perasaan indah yang hadir pada ketika itu akan sentiasa berkekalan untuk selama-lamanya! Ya lah siapa yang tak mahu di selubungi dengan perasaan bahagia sehingga ke hari tua.
#6 Terbayang-Bayang Raut Wajah
Bayangkan diri yang pada mulanya hidup bersendirian kemudian tiba-tiba di serang dengan bahana cinta pandang pertama, boleh menyebabkan hidup jadi tunggang langgang dibuatnya. Ini kerana hampir setiap masa, diri akan terbayang-bayang raut wajah si dia tatkala dilamun cinta dan tidak sedar jelmaan imej tersebut menjadi semakin kuat apabila diri benar-benar menyayangi si dia.
#7 Ingin Menjadi Stalker 24 Jam!
Nah ini memang perasaan yang paling drastik sekali dalam diri wanita, jangan ingat wanita yang nampak senyap atau wanita yang jenis ceria dan happy-go-lucky tidak mempunyai keinginan untuk jadi stalker 24 jam hanya semata-mata ingin mengetahui aktiviti harian yang dilakukan oleh si dia! Jika jiwa dah terkena penyakit cinta, boleh jadi wanita stalker hebat yang mampu mengalahkan FBI tau!
#8 Rindu
Wanita yang merasai manisnya jatuh cinta pandang pertama akan mudah merasa rindu kepada si dia. Setiap masa akan terlintas di fikiran tentang si dia, dan pada saat diri memikirkan si pujangga jiwa, pasti bibir akan mengutum senyuman yang sangat manis!
#9 Rasa Selesa, Tenang Dan Selamat
Wanita merupakan makhluk yang sangat istimewa, ini kerana mereka memiliki jiwa yang sangat halus dan sensitif. Oleh itu, bukan mudah untuk mereka jatuh cinta.
Bagi si jejaka yang berjaya membuatkan diri si wanita jatuh cinta adalah hebat kerana si wanita merasakan perasaan yang sangat selesa, selamat dan tenang apabila bersama kamu. Bagi wanita, lelaki yang dapat memberi gambaran perasaan sebegini sangat jarang ditemui.
#10 Merasakan Seolah-Olah Telah Lama Kenal
Ada juga wanita yang memiliki perasaan sebegini meskipun baru pertama kali bertemu dengan si pujangga hati. Perasaan yang orang lain sangka ianya mustahil untuk wujud tetapi ianya benar-benar dirasai oleh wanita yang dilamun cinta. Ya lah dalam dunia perhubungan yang melibatkan perasaan, jiwa dan emosi ini segala-gala boleh jadi!
Wanista berharap, kamu dapat berjumpa dengan Mr.Right dan menjadi pasangan sejoli sehingga ke akhir hayat dan bersama-sama mengharungi suka-duka kehidupan dengan penuh keyakinan dan saling memahami serta mempercayai antara satu sama yang lain.