Lama rasanya tidak mendengar sebarang khabar berita aktres yang pernah mencipta kehangatan di Malaysia suatu masa dahulu.
Siapa lagi kalau bukan Revalina S. Temat atau kita panggilnya Bawang Putih. Sinetron sepanjang 108 episod itu cukup popular di Malaysia sejak ditayangkan TV3 pada tahun 2006 hingga awal 2007. Rata-rata masyarakat Malaysia tidak melepaskan peluang menonton sinetron yang penuh dengan emosi – geram, benci, sedih, menyampah bahkan meluat melihat setiap karakter.
Populariti Revalina sendiri turut tempias di Malaysia, namanya agak gah malah ramai sukakan keperibadian Revalina yang lemah lembut dan sopan santun itu. Itu ketika masa dahulu, yang terkini pula bagaimana?
Menerusi tabloid Indonesia, Revalina sekarang lebih senang jauh dari gosip dan dunia hiburan. Beliau jarang dilihat di layar perak, kerana sedang sibuk menguruskan suami dan dua orang anak lelakinya.
Sempat selongkar Instagram aktres cantik manis ini, Revalina ternyata makin cantik mengenakan hijab yang dipakai serba ringkas tapi masih ada serinya. Tidak gemarkan stail yang rumit, Revalina selesa memakai tudung bawal dan dipin di tepi sahaja, persis gadis remaja lagaknya.
Siapa buntu stail, lihat fesyen tudung Revalina S. Temat yang simple tapi ada manisnya..
Dah macam pelajar universiti..
Mekap buat Revalina nampak anggun sekali..
Natural beauty!
Hai Bawang Putih!
Rupa Revalina tak ubah seperti Leez AF..
One big happy family!
Kalau nak tahu perkembangan terkini si Bawang Putih, follow Instagramnya sekarang… Stalk gambar, boleh lepas rindu.