Seperti yang kita semua ketahui, pasangan Kate Middleton dan Putera William sekarang berada di Pakistan atas kunjungan kerajaan.
Sepanjang lawatan ke sana, penampilan Duchess of Cambridge mencuri tumpuan ramai – beliau selesa mengenakan persalinan tradisional masyarakat Pakistan iaitu shalwar khameez. Daripada ombre kebiruan moden, biru laut, hijau zamrud, bahkan krim, semuanya menunjukkan kecantikan semulajadi Kate yang bikin ramai mengaguminya.
Baca : Kunjungi Pakistan, Kate Middleton Sopan Dalam Pakaian Tradisional “Shalwar Kameez”
Terbaru ketika menjalankan lawatan diraja ke Masjid Badshahi di Lahore, Kate tampil dalam ensemble shalwar kameez rona turqoise yang cukup manis. Tidak hanya itu, Kate juga menutup rambutnya dengan selendang dari rona yang sama rekaan pereka Pakistan, Maheen Khan.
Rata-rata netizen memuji penampilan Kate yang menghormati tradisi masyarakat Pakistan di samping teruja dengan pilihan outfit untuk acara seterusnya.
Yang pasti Kate tidak pernah gagal dalam memilih outfits, kesemua terletak elok di tubuh Kate yang kurus dan ramping itu.