Kembara bersama koleksi Laneige Dream Bubble menjadikan perjalanan percutian kamu moment terbaik dengan penjagaan kulit dengan tujuh set daripada koleksi Dream Bubble! Siapa yang tidak mahu kulit mereka kekal cantic, lembut, gebu dan bersinar apabila melancong bersama keluarga mahupun sahabat handai bukan? Dengan koleksti daripada Laneige Dream Bubble ini, penjagaan kulit semasa melancong pasti akan terjaga dengan rapi.
#1 Kulit & Bibir Selembut Kapas Pada Waktu Malam
Apabila penat berjalan seharian suntuk, pastinya kamu mahu berehat sepuas-puasnya pada waktu malam bukan. Untuk mengelakkan kulit menjadi letih dan tegang, Laneige tampilkan dua set penjagaan kulit untuk waktu malam dengan fungsi yang berkesan dan harga yang berpatutan!
LANEIGE Dream Bubble Sleeping Mask Mini Set (RM115)
Set topeng muka ini membekalkan kulit dari sebarang bendasing yang wujud di Udara, dengan menggunakan topeng muka ini semasa waktu tidur ia akan membuatkan wajah kamu menjadi segar dan berseri semasa bangan tidur keesokan harinya. Set topeng muka ini di datangi dengan:
- Water Sleeping Mask (25ml)
- Water Sleeping Mask Lavender (25ml)
- Cica Sleeping Mask (25ml)
LANEIGE Dream Bubble Lip Sleeping Mask Mini Set (RM96)
Set Bubble Lip Sleeping Mask ini merupakan produk paling laris dengan tiga variasi perisa yang popular! Tambahan lagi set ini memiliki tekstur yang lembut dan menyegarkan apabila kamu memakainya di waktu malam. Jadi kamu tidak perlu rasa risau tentang bibir kering atau merekah semasa bercuti! Nikmati kecantikan bibir yang lembut dan gebu dengan set gempak ini:
- Lip Sleeping Mask Berry (8g)
- Lip Sleeping Mas Min Choco (8g)
- Lip Sleeping Balm Lemon (8g)
#2 Kelembapan Kulit Kekal Terjaga Rapi!
Tengah bergembira melancong, tiba-tiba kamu dapati kulit menjadi kusam, kering dan tidak terurus! Ini boleh menjadikan mood melancong berubah 360 darjah! Tetapi jangan risau dengan koleksi set daripada Laneige, masalah kulit kering bukan penghalang mood percutian kamu!
LANEIGE Dream Bubble Essential Moisture Set (RM245)
Set ini akan mengandungi Hydro-ion Mineral Water yang di ambil daripada ekstrak mineral tumbuhan yang di kenali sebagai Quinoa di mana ia dapat memberikan kulit sentiasa kekal lembap, liang pori tertutup rapat, kulit kekal hidrat, sihat dan mengimbangkan kandungan air dan minyak dalam kulit.
Jadi kamu tidak perlu risau tentang masalah kulit kering mahupun berminyak semasa melancong dengan set Dream Bubble Essential Moisture ia dapat melindungi kulit kamu dengan selamat! Nah berikut adalah kandungan set pelembap ini:
- Essential Power Refiner – Moisture (200ml)
- Essential Balancing Emulsion – Moisture (120ml)
- Water Bank Moisture Cream EX (10ml)
- Water Bank Moisture Essence (5ml)
- Water Sleeping Mask (15ml)
LANEIGE Dream Bubble Water Bank Moisture Essence Set (RM190)
Aktiviti yang padat sepanjang percutian berjalan pastinya membuatkan mental dan semangat berasa kepenatan dan keadaan kulit yang tidak berseri menjadikan percutian yang di impikan serba kekurangan. Bagi wanita selain dapat melancong ke tempat yang di idamkan, kulit yang sihat dan berseri setiap masa merupakan idaman setiap wanita oleh itu dengan set Dream Bubble Water Bank Moisture Essence ini hari-hari kamu menjadi lebih ceria!
Produk yang di perkaya dengan ekstrak air mineral yang membekalkan kelembapan kepada kulit pastinya akan memberikan kesan yang terbaik. Malah ia juga mengandungi bahan semula jadi seperti yeast hutan untuk menguatkan kulit dan melindungi kulit.
- Water Bank Moisture Essence (70ml)
- Water Sleeping Mask (15ml x 2)
- Cica Sleeping Mask (10ml x 2)
LANEIGE Dream Bubble Water Bank Moisture Essence & Cream Set (RM345) Eksklusif Semasa Roadshow
Koleksi Laneige Dream Bubble Water Bank Moisture Essense & Cream ini hanya boleh di dapati eksklusif semasa roadshow. Set ini akan membekalkan kulit kamu dengan nutrisi Super Vegetables seperti Brussel Sprout, Artichoke dan Lima Bean yang dapat membekalkan kelembapan kepada kulit dari dalam. Malah set ini juga di perkaya dengan ekstrak Green Mineral Water yang di ambil dari laut dalam untuk memberi kelembapan sepanjang masa dan membantu merawat kulit yang bermasalah dan sekaligus menyihatkan kulit.
- Water Bank Moisture Essence (70ml)
- Water Bank Moisture Cream EX (50ml)
- Water Bank Moisture Essence (5ml)
- Water Bank Moisture Cream EX (10ml)
- Water Sleeping Mask (15ml)
Tarikh Dan Lokasi LANEIGE ROADSHOW!
- Mid Valley Megamall, East Atrium Entrance (28 Oktober – 3 November 2019)
- Sunway Velocity, Vanity Atrium (18 November – 24 November 2019)
- Gurney Plaza Penang, Ground Floor (25 November – 1 Disember 2019)
- AEON Tebrau City Johor Bahru, Concourse (10 Disember – 15 Disember 2019)
- Ipoh Parade, Parkson Cosmetic Entrance (5 Disember – 11 Disember 2019)
#3 Kulit Bercahaya Dan Bersinar Sepanjang Hari!
Mahukan wajah kekal bercahaya dan berseri sepanjang musim percutian? Nah koleksi penjagaan kulit daripada LANEIGE ini ada jawapannya. Siapa yang tidak mahu tampak cantik sepanjang hari terutama ketika melancong! Dengan set penjagaan dari Laneige ini, pasti dapat membuatkan kamu tergamam dengan keberkesanannya!
LANEIGE Dream Bubble Cream Skin Refiner Mini Set (RM175, 50ml x 5) Eksklusif Untuk Roadshow
Set ini memiliki lima botol individu dengan warna pastel lembut yang comel, ia merupakan produk gabungan diantara toner dan krim yang dapat membekal kulit yang kehausan dengan kelembapan dan hidrat penuh di samping menguatkan kulit dari dalam. Dan dalam masa yang sama ia juga akan membuatkan kulit menjadi berseri dan bersinar sepanjang hari tanpa perlu risau masalah kulit kusam dan tidak bermaya!
Tarikh Dan Lokasi LANEIGE ROADSHOW!
- Mid Valley Megamall, East Atrium Entrance (28 Oktober – 3 November 2019)
- Sunway Velocity, Vanity Atrium (18 November – 24 November 2019)
- Gurney Plaza Penang, Ground Floor (25 November – 1 Disember 2019)
- AEON Tebrau City Johor Bahru, Concourse (10 Disember – 15 Disember 2019)
- Ipoh Parade, Parkson Cosmetic Entrance (5 Disember – 11 Disember 2019)
#4 Wajah Bersinar Bak Mutiara
Mahu wajah bersinar seperti Mutiara dan kulit kekal sihat serta berseri sepanjang percutian, LANEIGE akan memberikan keberkesanan yang berganda kepada kamu! Dan sememangnya ia sangat berbaloi untuk di bawa ke mana-mana sahaja.
LANEIGE Dream Bubble Layering Cover Cushion (RM145)
Dengan cover cushion yang di datangi dengan pek berwarna pastel merah jambu metalik ini pasti membuatkan kamu teruja untuk membuka kotak bungkusan tersebut. Menerusi 2-in-1 cover cushion foundation ini ia akan memberikan wajah kamu tampak sempurna dengan sentuhan semi-matte sebagai penyempurna makeup wajah. Dan ianya sangat sesuai untuk di gunakan untuk aktiviti harian kamu! Cover cushion ini hadir dengan tiga jenis warna pilihan iaitu nombor 13, 21 dan 23 untuk kegunaan semasa melancong nanti!
Jadi nak melancong dengan hati yang girang dan ceria, gunakan produk penjagaan kulit dan kosmetik daripada LANEIGE dengan koleksi Dream Bubble ini sekarang.
Selamat melancong bersama LANEIGE Dream Bubble!