H&M merupakan salah syarikat yang menawarkan kualiti pakaian yang bermutu serta idea fesyen yang mengikuti perkembangan trend semasa dengan tawaran harga yang cukup berpatutan. Malah H&M sendiri telah memiliki lebih daripada 4,800 gedung pakaian di seluruh negara dan 48 stor dalam talian. Dengan perkembangan H&M yang semakin meningkat naik, tidak hairanlah ia menjadi salah satu jenama pakaian yang di minati ramai di seluruh dunia.
Dan kini H&M mengumumkan kolaborasi bersama Giambattista Valli untuk koleksi pakaian wanita dan lelaki bagi bulan November nanti. Menariknya untuk koleksi yang bakal dilancarkan pada bulan hadapan ini ia menampilkan gaya fesyen yang cukup unik dan segar untuk peminat fesyen di Malaysia.
Kolaborasi di antara Giambattista Valli x H&M ini membawakan gaya fesyen menerusi sentuhan daripada Rom dengan illustrasi yang dinamik dan kontemporari. Peminat fesyen pastinya akan terus jatuh cinta dengan koleksi eksklusif ini.
Bagi saya, apa yang paling penting sekali untuk memberi inspirasi dan mendapat inspirasi, saya sering berkata saya hanya perlu lakukan sebahagian sahaja kerja. Manakala sebahagian lagi merupakan sentuhan terakhir daripada mereka yang memakai hasil ciptaan saya. – Giambattista Valli
Koleksi Giambattista Valli x H&M
Tambahan lagi, bagi yang ingin mendapatkan koleksi yang bakal keluar pada bulan hadapan ini, anda hanya boleh dapatkan koleksi pakaian Giambattista Valli x H&M ini hanya di plaza Lot 10 yang terletak di Bukit Bintang.
Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai lagi koleksi eksklusif hanya di plaza Lot 10, bermula 7 November 2019 ini nanti! Untuk mengetahui lebih lanjut, layari laman web H&M.