BTS satu nama kumpulan idol yang tidak asing lagi di seantero dunia, kesemua ahli kumpulan memiliki keunikan, gaya dan bakat yang tersendiri. Bukan itu sahaja, setiap anggota kumpulan punya aura yang mampu memberi sumber inspirasi kepada para peminatnya di seluruh dunia..
Menyentuh tentang inspirasi, BTS Jimin yang merupakan seorang perfectionist dalam setiap aspek kerja yang dilakukan dan ini termasuklah pemilihan fesyen yang digayakannya. Setiap kali melihat fesyen BTS Jimin membuat ramai mata memancarkan rasa kagum dan terpesona dengan pemilihan pemakaiannya.
Dan apa yang menariknya, boleh dikatakan hampir semua jenis fesyen yang digayakan oleh BTS Jimin boleh digayakan oleh golongan wanita! Ya, wanita juga boleh tampil bergaya dengan fesyen-fesyen yang digayakan oleh BTS Jimin ini. Tak percaya? Jom lihat di bawah!
5 Fesyen BTS Jimin Sesuai Untuk Wanita!
#1 Kemeja Boyfriend + Seluar Jeans
Penampilan BTS Jimin dengan baju kemeja boyfriend yang di tuck-in secara separuh dan dipadankan pula dengan seluar jeans memberikan gaya santai yang bersahaja dengan sedikit sentuhan aura matang. Gaya ini sesuai untuk di pakai oleh wanita yang inginkan kelainan dan memberikan sisi aura feminin yang santai kepada wanita muda masa kini.
#2 Jumpsuit Jeans + Sneakers
Jimin kelihatan sangat muda dan funky dengan outfit jumpsuit jeans bersama kemeja putih. Tambahan lagi, kasut sneakers yang dipakainya juga membuatkan Jimin seolah-olah kembali ke zaman sekolah! Comel betul. Bayangkan jika kamu menggayakan jumpsuit jeans beserta baju kemeja putih dan kasut sneakers apabila keluar bersama kawan-kawan, pasti aura funky dan ceria akan menyelubungi diri!
#3 Baju Kemeja Putih Klasik + Seluar Slack Hitam
Tiada idea nak pakai apa untuk pergi kerja? Tiru macam BTS Jimin, tampil ringkas dan klasik dengan baju kemeja putih dan berseluar slack hitam sudah cukup untuk mulakan hari yang ceria! Penampilan klasik tetapi kemas ini pastinya sesuai untuk digayakan oleh wanita yang ingin tampil kelihatan kemas dan berkeyakinan!
#4 Oversized Cardigan + Turtleneck Sweatshirt
Nak kelihatan menawan dengan penampilan smart casual? Kamu boleh tiru gaya BTS Jimin dengan memakai turtleneck sweatshirt yang di tuck-in ke dalam seluar jeans dan di padankan dengan cardigan yang oversized pasti akan membuatkan kamu kelihatan menawan dengan penampilan sebegitu!
#5 Kemeja Berjalur!
Siapa kata baju kemeja berjalur kelihatan kolot dan dah lama, lihat saja BTS Jimin menggayakan baju kemeja berjalur hitam merah yang di tuck-in di dalam seluar jeans membuatkan Jimin kelihatan cool dan smart. Bayangkan diri kamu menggaya penampilan sebegini, pastinya membuatkan ramai mata tidak berkelip melihat diri kamu dengan penampilan yang cool sebegini!
Dan jangan lupa aksesori tambahan seperti cermin mata, rantai atau pun jam tangan pasti membuatkan diri kamu menjadi tarikan Utama nanti. Selain gaya fesyen Jimin yang boleh di tiru oleh wanita, pemakaian aksesori yang di pakai Jimin juga boleh menjadi tips yang berguna untuk wanita jadikan panduan. Antaranya:
- Cermin mata
- Jam tangan
- Topi
- Cincin
- Gelang tangan
- Beg tangan / Beg galas
- Tali pinggang
Mahu menggayakan fesyen yang kelihatan cool, smart, funky, matang dan sebagainya, tidaklah susah mana. Apa yang penting kamu mahu mencuba dan mencari gaya serta penampilan yang bersesuaian buat diri kamu sendiri. Di harap tips serta gaya fesyen daripada BTS Jimin ini dapat memberi serba sedikit tentang gaya fesyen yang sesuai untuk diri kamu.