Setiap orang ingin cantik. Beruntung untuk individu yang dilahirkan dengan wajah bersih bebas cela tetapi bagaimana pula yang sebaliknya?
Kita tahu parut di rajah seperti kesan bekas jerawat atau kesan luka sisa kecederaan adalah masalah kulit yang dikatakan merungsingkan dalam kalangan wanita. Walau bagaimanapun, adalah lebih parah andai seseorang itu menghidap masalah jeragat yang sebenarnya merupakan sejenis pigmentasi kulit. Seperti penulis sendiri, penulis miliki kulit yang tidak bersih akibat parut jerawat dan tompokan gelap, bahkan tidak senada. Hal ini sedikit-sebanyak menggangu keyakinan dan memaksa penulis untuk menutupnya dengan solekan.
Tapi dengan rawatan laser “Picoplus” yang sedikit sebanyak mampu menutupi kecacatan di wajah. Tidak banyak perubahan tapi penulis puas hati.
Apa Sebenarnya Rawatan Laser Picoplus?
PICOPLUS System merupakan teknologi laser kulit yang terkini dari Korea Selatan jawapan untuk mimpi ngeri kulit wajah tidak berseri. PICOPLUS direka untuk merawat masalah pigmentasi kulit, parut jerawat, kedutan, masalah kemerahan dan penyingkiran tatu dengan keadaan kulit yang lebih baru dan yakin.
Berpeluang merasai rawatan PICOPLUS, ternyata ia tidak seperti rawatan laser tradisional yang menyakitkan dan akan meninggalkan beberapa kesan sampingan, PICOPLUS terbukti selamat dan berkesan (rasanya seakan gigit semut tapi tidak gatal). PICOPLUS mampu menembusi kulit ke dalam yang mungkin tanpa mencederakan keadaan luar kulit, membolehkan pigmentasi dan tatu dipecah menjadi pigmen yang lebih kecil. Bukan itu sahaja, rawatan ini hanya memakan masa yang kejap, tidak sampai setengah jam untuk satu muka.
Walaupun begitu, dengan hanya melakukan satu rawatan sahaja tidak menjanjikan perubahan yang ketara – anda harus membuat temu janji berterusan untuk mendapat kulit bersih bebas cela bak selebriti idaman.
Jika anda berminat ingin melakukan PICOPLUS, rawatan tersedia di klinik terpilih iaitu klinik MAC, Anna Hoo Clinic dan Revival Clinic.
Ingin mengetahui info lanjut berkaitan PICOPLUS, sila semak di [SINI].
Adakah penulis ingin mencuba rawatan ini lagi di masa akan datang… mungkin tidak.