Hasilkan Kraftangan Sendiri Menerusi Craftiviti Semudah 1 2 3!

Kamu gemar menghasilkan barang-barang kraf seperti lilin, shampoo, sabun, scrub muka, badan, pelembap bibir dan bermacam-macam jenis kraf diy yang lain. Di Craftiviti Sdn Bhd yang terletak di D-1-46, Tingkat 1, Blok Dahlia, 10 Boulevard, PJU6A, Sprint Highway, 47400 Petaling Jaya menampilkan pelbagai produk kraf diy bagi menghasilkan barangan kraf dengan harga yang murah dan rendah serta barang yang berkualiti dan bermutu tinggi.

IKLAN

Di Malaysia aktiviti menghasilkan barangan kraf sendiri semakin meningkat naik, dengan penghasilan produk diy yang gunakan untuk diri sendiri dan keluarga kini ia bertukar menjadi sumber pendapatan diri dan keluarga. Bak kata pepatah “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”.

Foto – Pengasas Leong Wei Yein (Kiri) dan Eugene Tham (Kanan)

Di Craftiviti yang di usahakan oleh Leong Wei Yein ini berhasrat dengan menerusi Craftiviti, ia dapat memberikan kepada pelanggan sumber bahan penghasilan kraf dengan mudah dan dalam masa yang sama menjadikan aktiviti penghasilan kraf sebagai satu terapi diri.

Dengan penghasilan produk penjagaan diri dan produk terapi diri ia secara tidak langsung memberikan kepada pelanggan satu pengalaman baru bagi menghasilkan produk penjagaan diri semudah 1 2 3.

Foto – craftiviti.com
Foto – craftiviti.com
Foto – craftiviti.com

Menariknya di Craftiviti ini, mereka menawarkan pelbagai sumber bahan yang di perlukan seperti bekas pelbagai bentuk, bahan-bahan, wangian dan pewarna yang di perlukan dalam menghasilkan lilin, sabun, bom mandian, losyen, pelembap bibir, dekorasi meja, hiasan tergantung, penyebar aroma dan pelbagai jenis produk kraf yang lain menerusi bahan-bahan yang berkualiti tinggi.

Barangan Murah Dan Berkualiti

Foto – craftiviti.com

Di Craftiviti, rangkaian harga bagi menghasilkan sabun bergantung mengikut jenis bahan yang kamu pilih. Ini kerana di Craftiviti terdapat 14 jenis kategori dalam menghasilkan sabun!

  • Formula dan peralatan
  • Minyak asas
  • Minyak pati
  • Minyak wangi
  • Serbu herba dan bunga kering
  • Perisa pelembap bibir
  • Peralatan ukuran dan bungkusan
  • Lilin semula jadi dan mentega
  • Bahan pengawet
  • Formulasi dan sabun asas
  • Pewarna sabun
  • Pembuatan sabun tanah liat
  • Bekas sabun dan pati

Soap Base RM22 – RM280 (BELI)

Foto -Craftiviti.com

Soap base yang dijual di Craftiviti berharga di antara RM22 hingga RM280 dengan 13 jenis sabun asas berbentuk bar dan empat jenis sabun asas cecair. Antara soap base yang popular di Craftiviti adalah Crystal Glycerin soap base, Goat’s Milk soap base, Opaque Glycerin soap bse, Pure soap base, Shea Butter soap base, Stephenson Crystal African Black soap base, Stephenson Crystal Aloe Vera soap base dan pelbagai jenis pilihan soap base bermutu tinggi dengan harga yang murah boleh di dapati di Craftiviti.

Pewarna Sabun RM 5.70 – RM65 (BELI)

Foto – craftiviti.com

Manakala bagi pewarna sabun pula terdapat lebih dari 71 warna yang boleh di dapati di Craftiviti dengan harga serendah RM5.70 sehingga RM65. Antara warna-warna yang memukau mata adalah merah jambu, violet, merah, hijau, biru, putih, hitam dan pelbagai warna-warna unik yang lain boleh digunakan dalam menghasilkan sabun.

Minyak Asas RM10 – RM283 (BELI)

Foto – craftiviti.com

Minyak asas yang di terdapat di Craftiviti ini boleh didapati dengan harga serendah RM10 sehingga RM283. Minyak asas di Craftiviti menawarkan 23 jenis minyak antaranya, minyak rosehip, jojoba, avokado, argan, biji anggur, timun dan pelbagai jenis minyak yang lain.

IKLAN

Minyak Wangi RM13 – RM235.80 (BELI)

Foto – craftiviti.com

Lebih daripada 100 jenis wangian terdapat di Craftiviti, bagi yang ingin mencari wangian yang sesuai untuk sabun, pastinya pilihan yang banyak ini akan membuatkan diri rambang mata. Rangkaian harga minyak wangi dari RM13 sehingga RM235.80, mengikut jenis-jenis minyak wangi.

Bekas Sabun RM3 – RM94.30 (BELI)

Foto – craftiviti.com

Bagi pilihan bekas sabun pula, ia dijual pada harga RM3 hingga RM94.30. Bekas sabun di Craftiviti ini tampil dengan pelbagai bentuk menarik, berat, saiz dan warna bekas tersebut. 

Hasilkan Sabun Sendiri

Untuk menghasilkan sabun untuk kegunaan diri dan keluarga ianya sangat mudah dan segala bahan-bahan boleh didapati di Craftiviti yang penting resepi kamu betul dan sukatan yang tepat! Bagi menghasilkan sabun, bahan-bahan yang kamu perlukan adalah soap base, pewarna sabun, minyak wangi atau minyak pati, bekas pelbagai bentuk dan bekas kosong untuk menggaul dan sebatikan sabun.

Foto – craftiviti.com

Resepi sabun ringkas:

Soap base 100g

Pewarna sabun 3 titik (kepekatan ikut citarasa masing-masing)

Minyak wangi atau minyak pati 10 titik

Bekas pelbagai bentuk

Cara-cara:

Foto – craftiviti.com

Potong sabun asas menjadi kiub kecil dan timbang berat sehingga 100g kemudian cairkan sabun di dalam oven, microwave atau di atas dapur sehingga sabun cair.

Foto – craftiviti.com

Sabun asas yang telah cair di masukan ke dalam bekas kosong dan kemudian masukan pewarna dan minyak wangi atau pati mengikut sukatan.

Foto – craftiviti.com

Gaul bahan-bahan sehingga sebati dengan pantas dan setelah sebati masukan sabun di dalam bekas pelbagai bentuk seperti bekas bentuk ros, teddy bear, buah-buahan dan lain-lain.

Foto – craftiviti.com

Biarkan sejuk sehingga 15 minit. Dan sabun boleh di keluarkan dari bekas.

Bengkel Kraf Yang Menarik

Foto – craftiviti.com

Selain itu, Craftiviti juga membuka bengkel mengajar untuk individu-individu yang berminat dalam menghasilkan produk-produk kraf ini. Bengkel yang di kenali ‘think at dua’ di tingkat dua, blok Dahlia ini boleh menampung jumlah pelajar sehingga 15 ke 20 orang pelajar.

Harga bengkel bergantung kepada jenis kraf yang bakal dijalankan dan tambahan lagi, tenaga pengajar yang bertauliah dan di ikhtiraf akan mengajar di bengkel tersebut pada hujung minggu!

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Craftiviti dan apa yang bahan-bahan yang didapati di Craftiviti, lawati laman web rasmi Craftiviti (SINI) atau terus ke outlet Craftiviti yang terletak di Petaling Jaya.

Bahan Bermutu TinggiCraftivitiCraftiviti Sdn BhdCraftiviti.comHarga BerpatutanHasilkan Kraftangan Sendiri Menerusi Craftiviti Semudah 1 2 3!Hasilkan Sabun SendiriLilin Aroma DIYLosyen DIYSabun DIYShampoo DIY
Recommended