Lihat bahagian sulit anda, bagaimana rupanya?
Jika berkedut, kasar, kusam, langsung tidak menampakkan seri maka rawatan ini adalah yang terbaik! Bahkan suami juga suka melihatnya (untuk yang dah berkahwin ye)
Membawa penjagaan bahagian intim, khususnya vulva (bahagian luar alat sulit wanita) ke peringkat baru, Strip: Ministry of Waxing memperkenalkan Rosebud Vajuvenation yang inovatif.
Apa itu Rosebud Vajuvenation?
Rosebud Vajuvenation merupakan pencapaian terkini dalam rawatan menegangkan kulit Brazilian (bahagian intim), atau istila yang lebih tepat dalam korteks, vajacial (penjagaan kulit di sekitar kawasan bikini). Rawatan ini menggunakan Teknologi Thermal O2 yang menawarkan prosedur berprestasi tinggi untuk mengangkat dan menegangkan bahagian vulva supaya berisi, kesat dan tegang. Ia adalah alternatif bukan invasif dan tanpa pembedahan berbanding dengan labiaplasty, serta ia tidak memerlukan sebarang tempoh pemulihan. Rosebud Vajuvenation disyorkan sebagai rawatan pasca pembuangan bulu secara wax atau secara rawatan AFT.
Bagaimana fungsinya?
Rosebud Vajuvenation menggunakan teknologi canggih Thermal O2, yang menggabungkan frekuensi radio, sedutan vakum dengan haba untuk menegangkan dan menyerikannya.
Apa keputusannya?
Tenaga Thermal O2 akan menembusi jauh ke dalam lapisan dermis untuk memanaskan tisu kulit, mengecutkan serta kolagen dan menyebabkan kesan mengetat dan penegangan secara serta-merta. Ini mengaktifkan fibrolas di bawah kulit, menghasilkan kolagen baru dan meningkatkan ketegangan, mengakibatkan kesan anjal jangka panjang. Garis halus dan kedutan di sekitar bahagian vulva juga berkurangan.
Apa yang berlaku semasa rawatan?
Semasa rawatan, lapisan krim nipis disapu dan aplikator Thermal O2 digolek dalam gerakan berulang di bahagian Brazilian. Kehangatan akan dirasai, sama seperti urut batu hangat. Sebaik rawatan, masker penyejuk dan penghidratan akan digunakan untuk membawa ketenangan di bahagian ‘kelopak’ dan sekitarnya.
Berapa banyak sesi Vajevuvasi?
Lapan sesi dengan satu hingga dua minggu di antaranya, serta rawatan susulan sekali setiap tiga bulan. Hasil yang nyata boleh dilihat selepas rawatan pertama. Kulit akan kelihatan lebih tegang, anjal dengan kesan kemerahan yang berseri dan mengurangkan garisan halus.
Harga
Dapatkan tawaran harga percubaan Rosebud Vajuvenation pada hanya RM88 untuk satu sesi (harga biasa RM400), sah untuk pelanggan pertama kali sahaja dan boleh didapati di semua stor STRIP di seluruh Malaysia hingga 31 Disember 2019.
Untuk membuat temu janji, sila semak laman web rasmi [SINI].