Tuala Wanita pun nak cantik!
Apa maksud penulis agaknya? Baiklah jenama tuala wanita tersohor di Malaysia, Kotex tampil dengan cetakan batik moden untuk pembungkusannya.
Cetakan batik ini pertama kalinya mencuri perhatian khalayak ramai dengan bungkusan Batik Edisi Terhad Kotex® yang dilancarkan pada Julai tahun ini. Ia telah disuntik secara kreatif ke dalam bungkusan Kotex® yang menggabungkan bentuk, fungsi dan fesyen. Batik Edisi Terhad Kotex® berpegang teguh kepada matlamat murni pergerakan global Kotex® #SHECAN untuk memperkasa wanita muda.
Bukan itu sahaja, cetakan batik moden juga telah direalisasikan pada koleksi yang direka oleh pereka fesyen baru, Seza Zulkeple. Dan telah di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur, dengan reka bentuk serta motif batik yang unggul dan berwarna-warni.
Koleksi Batik Kotex® menampilkan 15 koleksi sedia pakai yang menerapkan blok warna yang terang serta cetakan batik Kotex® untuk wanita kontemporari bergaya.
Pek Batik Edisi Terhad Kotex® masih boleh didapati di kedai-kedai. Setiap bungkus edisi ini didatangkan dengan satu beg kantung eksklusif untuk digayakan dengan apa jua pakaian.