OMG! Anda Dalam Diam Benci Kawan Sendiri Bila…

Sedangkan hubungan suami isteri boleh bercerai-berai, pertunangan boleh putus di tengah jalan, inikan pula persahabatan. Adakalanya kerana salah faham antara anda dan kawan boleh bawa sehingga bermusuhan, perselisihan yang kecil menyebabkan ada jurang di antara berdua atau mungkin timbul perasaan cemburu.

Bagaimana kita mahu mengenal persahabatan yang mulai rapuh – rasa canggung bila bersama dengannya, rasa kelu setiap kali berada dalam satu kumpulan, anda buntu seribu bahasa bila berdua dengannya, anda sentiasa mahu mengelak berjumpa. Maka anda mengalami persahabatan yang toksik, erti kata mudah anda mula menyimpan perasaan menyampah, meluat dan benci pada kawan sendiri. OMG….

Anda Cuba Mengelak Walaupun Ia Tidak Patut

Anda tidak fikir untuk teks mereka terlebih dahulu atau memulakan perbualan, bila di mana anda lebih senang berkata “let me check my schedule!” berbanding sebelum ini anda terus bersetuju bila diajak keluar. Atau paling teruk anda terus off notification daripada kawan sendiri. Anda mula sedar sudah beberapa hari, minggu, kemudian bulan sejak anda benar-benar ingin menghabiskan masa dengannya.

Foto – Pinterest

Anda Mula Tidak Bersetuju Dengan Apa Sahaja Yang Dikatakan

Anda mencari apa sahaja peluang untuk membuktikan mereka salah, atau menunjukkan apa yang anda ingin katakan tetapi tidak miliki keberanian tersebut. Anda rasa meluat dengan mereka – apabila diabaikan sepenuhnya – ia hanya akan berkembang dan berkembang sehingga anda mengakui, sering dalam cara yang kurang jujur.

Anda Rasa Lebih Bimbang/Murung Daripada Gembira

Kalau dulu anda bukan main seronok menghabiskan masa bersama tapi kini sebaliknya. Anda keluh kesah, bimbang setiap kali bersama mereka. Bukan apa, anda risau tentang perbuatan dan percakapan bila berdepan dengan mereka. Apatah lagi bila anda bercakap di telefon, anda rasa murung, tidak senang, kecewa, tidak yakin kadangkala fakey setiap kali menamatkan perbualan.

Foto – HBO

Anda Menggigit Kuku, Buntu Kata Dan Menghindari Pandangan Mata

Anda rasa tidak puas hati terhadap mereka tetapi anda tidak terus meluru, anda hanya menggigit kuku, berdiam diri dan menghindari mata untuk mengelakkan kata-kata yang berpotensi menyakitkan. Bukannya anda mahu berkelakukan dengan cara yang berniat jahat, tetapi anda mahu mengambil masa sebelum perang meletus.

Segala Akses Komunikasi, Anda Hentikan

Pesanan ringkas, WhatsApp, Facebook, Instagram, Snapchat, Skype – semuanya sudah terhenti. Senang cerita anda biarkan persahabatan terlerai dengan begitu sahaja.

Anda Sangat Tidak Setuju Dengan Apa Sahaja Yang Dilakukan, Dan Tidak Boleh Jujur

Sekiranya anda melihat rakan anda membuat keputusan yang hampir sengaja akan merosakkan hubungan, dan usaha anda untuk membantu, campur tangan, memberi nasihat atau bahkan berada di sana untuk mereka pada masa ini dalam kehidupan mereka bukan sahaja tidak berbuah, tetapi mengecewakan. Anda harus menyokong dan memberi mereka empati dan rasa hormat tetapi kadangkala ada rasa kelu di lidah.

Giphy

Anda Rasa Anda Hanya Menyusahkan Dan Mencipta Masalah Sahaja

Anda merasakan anda tidak boleh jujur, anda berada dalam keadaan bersalah, tidak mahu menipu diri sendiri, sentiasa berada di tengah-tengah dalam persahabatan. Jadi anda perlu memilih sama ada stay – dengan cara berdamai dan melupakan masalah yang berlaku atau tinggalkan dengan tidak lagi berkawan.

Tapi bukankah lebih baik kalau jujur, katakan segalanya yang terbuku di hati. Cuma selepas itu keadaan akan menjadi awkward. Hurmmm…

anda benci kawan sendiribffkawan makan kawankawan musuh dalam selimutkenapa benci kawanmasalah persahabatan