Mesin Basuh Mini Untuk Berus Mekap Ada Jual Di Shopee, Harga Murah Je!

Masih ingat akan mesin basuh mini dari Daiso yang membolehkan anda mencuci berus mekap dan kelengkapan mekap? Bahkan tular di media sosial apabila ramai para gadis ingin mendapatkan alatan genius ini.

Foto – Shopee

Walaupun kelihatan seperti mainan kanak-kanak tetapi mesin basuh mini ini sebenarnya berfungsi dengan baik. Apa yang perlu anda lakukan ialah meletakkan bateri, tuang sabun – guna silicon-free shampoo atau gentle face wash, letak berus mekap, tekan butang dan biarkan ia berputar sama seperti mesin basuh biasa. Memandangkan ia berukuran mini, jadi mesin tidak sebesar mana dan hanya memuatkan dua berus pada satu masa.

Nah butiran penuh : Genius Daiso Jual “Mesin Basuh” Mini Untuk Berus Mekap, Harga Pun Murah!

Masih tidak ada di Daiso Malaysia, nampaknya gedung atas talian ternama, Shopee tidak terkecuali merasai kehangatan mesin basuh mini apabila produk itu telah memasuki laman sesawang.

Bukan hanya satu tetapi pelbagai pilihan ada disediakan oleh setiap shopper dengan harga yang berpatutan. Rata-rata yang telah membeli juga mengagumi kualiti setelah memperoleh barang mereka.

Foto – Arkib Wanista

Tak payah pergi Daiso, shopping je di Shopee! Mesin basuh mini pastinya akan membuatkan kerja mencuci berus anda lebih menghiburkan.

cosmetic washing machinedaiso washing machinemesin basuh minimesin basuh mini daisomesin basuh mini shopeemesin basuh mini viralproduk daiso