Ternyata Ini Bahagian Tubuh Lelaki Yang Paling Menarik Di Mata Perempuan

Ya, lelaki dengan wajah yang kacak sememangnya membuatkan setiap perempuan keruan. Kebanyakan perempuan idamkan lelaki perkasa untuk dijadikan pasangan hidup. Tetapi… nampaknya ada bahagian tubuh lelaki lain yang secara saintifik dapat memberikan daya tarikan yang tidak dijangka kepada wanita. 

Satu kajian baru mengesahkan hakikat dalam dunia perhubungan cinta ataupun ketika dating, seseorang itu sememangnya menitik beratkan soal saiz dan fizikal individu. Salah satunya faktor ketinggian sangat dititik beratkan wanita.

Foto – Tee Vogue

Kajian yang diterbitkan oleh Royal Society Open Science menyatakan bahawa wanita secara semulajadi diprogramkan untuk memilih lelaki yang sihat. Salah satunya bahagian dalaman dan ketinggian, terutama kaki lelaki adalah bahagian tubuh yang mempunyai daya tarikan tertinggi di mata wanita. Caranya para penyelidik mengukur proporsi tubuh 9,000 lelaki tentera AS, kemudian memanipulasi ketinggian mereka dan meminta perempuan heteroseksual untuk menilai manakah yang menarik di mata mereka.

Foto – Pinterest

Hasilnya, lelaki yang tinggi dengan mempunyai kaki panjang menarik perhatian ramai perempuan. Perempuan sangat mengutamakan soal ketinggian, pada mereka lelaki yang lebih tinggi boleh memberikan perlindungan kepada mereka. Bila dilihat pada jwapan yang diberikan rata-rata wanita berasa selamat bila bersama dengan lelaki tinggi, mereka juga rasakan lelaki tinggi mampu memberikan sentuhan fizikal seperti berpelukan, berpegangan tangan dan pelbagai lagi. Malah, menurut mereka lagi, walaupun dengan memakai kasut tumit tinggi mereka mahukan lelaki tersebut lebih tinggi daripada mereka.

Foto – Koreaboo

Alaa jadi yang mempunyai ketinggian rendah macam mana pula? Ini sebahagian perempuan sahaja, ingatlah setiap insan dicipta berbeza, ambil peduli personaliti si dia dan bukan bergantung kepada fizikal semata-mata.

Selamat Beramal!

daya penarik lelakifizikal lelakifizikal lelaki yang perempuan sukaketinggian lelakilelakilelaki tinggiperempuan suka lelakiperempuan suka lelaki tinggi