Selain Paras Gula Tinggi, Ni Simptom Lain Diabetes Kamu Kena Tahu

Umumnya kita ketahui pengambilan gula yang tidak terkawal mampu menyebabkan kemunculan pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetes (kencing manis), ketidakfungsian metabolisma, tekanan darah tinggi, diabetes dan banyak lagi bahkan, penyakit-penyakit ini akan mengganggu rutin harian kita sekaligus menjadi risiko kepada penghalang masa hadapan.

Cara terbaik untuk mengetahui tahap gula dalam darah adalah dengan menjalani pemeriksaan. Paras gula dalam darah yang meningkat selepas makan adalah sesuatu yang normal. Tetapi sekiranya tahap gula dalam darah yang tinggi ini tidak menurun dan berterusan sepanjang hari, ia adalah sesuatu yang tidak normal.

Foto – Healthline

Bukan itu saja, terdapat beberapa simptom lain diabetes yang anda semua kena ambil tahu. Hal ini merujuk kepada Hello Doktor..

Kehilangan berat badan

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan dalam jangka masa yang singkat, antara 2 hingga 3 kilogram dalam masa 2 atau 3 bulan. Jika anda sememangnya sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, mungkin anda akan berasa gembira. Tetapi hakikatnya kehilangan berat badan ini bukanlah sesuatu yang menyihatkan. 

Foto – Independent

Keadaan ini boleh berlaku apabila hormon insulin tidak berfungsi untuk membekalkan glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan akan menganggap ia sebagai satu signal kelaparan dan mengurai lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

Sentiasa lapar

Seorang individu yang menghidap penyakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu ia boleh menyebabkan tahap gula dalam darah merosot. 

Apabila keadaan ini berlaku, di mana tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan akan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini akan diterjemahkan sebagai satu tanda lapar oleh badan. Rasa lapar yang berterusan adalah antara simptom kencing manis yang boleh diperhatikan. 

Kerap dahaga dan kencing

Antara simptom diabetes yang boleh berlaku adalah anda akan kerap berasa dahaga walaupun setelah mengambil minuman yang mencukupi. Anda juga akan kerap untuk ke bilik air pada waktu malam.

Foto – www.self.com

Keadaan ini berlaku apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, sekali gus memaksa buah pinggang anda bekerja dengan lebih keras untuk menyingkirkan kandungan gula tambahan tersebut. Ini akan membuatkan anda menjadi kerap membuang air kecil, adakalanya ia akan berlaku beberapa kali pada waktu malam. Kekerapan untuk kencing ini akan membuatkan anda untuk menjadi lebih dahaga. 

Keletihan, gangguan emosi

Ketika badan anda sedang mencuba untuk mengimbangi kekurangan glukosa, ia akan memberikan impak kepada anda, di mana keadaan ini akan menjadikan anda keletihan. Anda perlu bangun untuk membuang air kecil beberapa kali pada waktu malam, secara tidak langsung akan menyebabkan gangguan pada tidur anda dan keletihan pastinya akan mendatangkan gangguan kepada emosi, boleh menjadikan anda lebih cepat marah. 

Luka lambat sembuh

Ini adalah simptom yang paling sering berlaku. Keadaan ini boleh terjadi disebabkan saluran darah yang rosak kerana glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ia mendatangkan kesukaran kepada darah yang diperlukan untuk membantu proses penyembuhan sampai kepada anggota-anggota badan yang diperlukan. Biasanya melibatkan dua keadaan, iaitu penyakit vaskular periferi dan neuropati diabetes.

Foto – Suara

Penglihatan kabur

Apabila tahap glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata. Keadaan ini akan menyebabkan penglihatan anda menjadi kabur. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh menjadi normal atau hampir normal apabila tahap gula dalam darah bertukar kepada asal. Tahap gula darah yang tinggi, jika dibiarkan untuk tempoh yang panjang, cenderung untuk menyebabkan kerosakan kekal dan berisiko untuk menyebabkan buta. 

Jangkitan

Simptom ini lebih berlaku kepada individu wanita. Anda perlu lebih berhati-hati kepada risiko jangkitan yis pada faraj. Diabetes secara umumnya akan melemahkan imunisasi badan, ini bermakna anda akan mudah untuk mendapat pelbagai jangkitan lain.

Yang paling penting amalkan pemakanan yang sihat. Jangan makan ikut nafsu dan beringatlah!

diabetesinfo diabetesinfo kencing maniskencing manissimptom diabetessimptom kencing manis