Baru 15 tahun tetapi impak yang diberikan sangat bersinar, istimewa buat golongan remaja muda.
Millie Bobby Brown mencipta kemasyuran sebagai Eleven, gadis yang mempunyai kebolehan psikokinetik dalam drama hit Stranger Things.
Bukan sahaja berbakat besar dalam bidang lakonan malahan dia juga kini diangkat menjadi ikon fesyen untuk generasi muda hari ini, bahkan orang dewasa juga. Tetapi tidak hanya itu, gadis muda ini baru saja dedah akan mengeluarkan produk kecantikan yang diberi nama “Florence by Mills”. Berita tersebut dikongsikan menerusi laman Instagram Millie sendiri. Ternyata selepas pengumuman dibuat, nama Millie terus trending dan beauty junkies tidak sabar mahu mendapatkan produk mampu milik tersebut.
Yang menarik tentang”Florence by Mills”
1. Jenama kecantikan dinamakan Florence sempena nama nenek moyang Millie, sementara Mills, adalah nama panggilan Millie.
2. Menggunakan warna ungu. Difahamkan ia merupakan warna kegemaran gadis berbakat besar ini.
3. Florence by Mills meliputi Zero Chill Face Mist, Swimming Under the Eye Gel Pads, Like a Light Skin Tint, Lip Color dan beberapa lagi produk yang fun dan cool.
4. Semua produk adalah disahkan oleh PETA, bebas kekejaman dan vegan.
5. Harga mampu milik, antara $10 hingga $34.
6. Sebilangan hasil daripada jenama itu akan disumbangkan kepada Yayasan Olivia Hope, dicipta untuk menghormati sahabat Millie, Olivia Hope LoRusso yang meninggal dunia.
Difahamkan Florence by Mills direka untuk generasi Z yang milenial pada hari ini. Jadi para gadis muda bolehlah mendapatkan mekap dan produk penjagaan diri sesuai dengan kulit masing-masing.
Bak kata Millie;
“I’ve been in a make-up chair since I was 10, 11 years old, and I have really been introduced to all types of products. I’ve had special effects on my face, blood, all different types of foundation…I wanted to come into the space because there was a gap in the market for young people.”
Kami di Wanista masih belum mendapat butiran lengkap bila Florence by Mills akan dilancarkan. Nanti kami update lagi ye!