Wanita Masalah Rambut Gugur Paling Sesuai Pakai Produk Ini!

Setiap hari kita bangun dari tidur, kita lihat di bantal pasti ada beberapa helaian rambut.

Tahukah semakin ramai wanita muda di penghujung usia 20-an dan 30-an mengalami keguguran rambut lebih cepat daripada yang dijangka. Dianggarkan jumlah wanita yang mempunyai rambut lebat di sepanjang hayat mereka adalah kurang daripada 45 peratus. Kajian telah menunjukkan bahawa masalah keguguran rambut boleh dikaitkan dengan pelbagai faktor termasuklah diet yang tidak seimbang, perubahan hormon, kesan  sampingan ubat, rawatan rambut dan lain-lain.

Giphy

Wanista nak tanya anda juga mengalami masalah yang sama? Untuk itu, atasi masalah dengan produk baru di bawah:

50 Megumi Anti Hair Loss Series

Rohto Pharmaceutical di Jepun telah menemui formula terkini yang boleh membantu mengurangkan masalah keguguran rambut serta mengembalikan kelebatan rambut dengan bantuan daripada 50 bahan herba semula jadi yang berharga iaitu 50 Megumi Anti Hair Loss Series.

Produk hebat ini menampilkan ramuan herba bernutrien yang terdiri daripada 50 bahan, antaranya:

  • Ekstrak Panax Ginseng dan Halia untuk menguatkan akar rambut
  • Ekstrak Swertia Japonica untuk melindungi daripada keguguran rambut
  • Hydrolised Collagen untuk memanjangkan jangka hayat rambut
  • Ekstrak semula jadi limau dan lemon untuk meningkatkan proses penyerapan ke dalam kulit kepala
Rangkaian 50 Megumi Anti Hair Loss (Fresh). Foto – Arkib Wanista

Bahan-bahan lain juga seperti Shea Butter, Minyak Biji Macadamia, Minyak Zaitun, Ekstrak Cone Pine, Ekstrak Lidah Buaya, Minyak Benih Bunga Matahari, Ekstrak Rumpai Laut, Kafein, Ekstrak Akar Pueraria, Ekstrak Rosemary dan Minyak Jojoba – di mana kesemuanya membantu mengelakkan masalah keguguran rambut serta membantu meningkatkan kelebatan rambut.

Produk 50 Megumi Anti Hair Loss termasuklah 50 Megumi Anti Hair Loss Treatment Essence serta dua varian syampu dan conditioner iaitu Moist dan Fresh, yang setiap satu berharga RM50 tetapi Treatment Essence berharga RM150.00 untuk saiz 160ml.

Rangkaian 50 Megumi Anti Hair Loss (Moist). Foto – Arkib Wanista

Produk 50 Megumi Hair Anti Hair Loss boleh didapati di mana-mana kedai farmasi Guardian dan Caring di seluruh negara bermula pada Ogos 2019.

masalah rambutmasalah rambut gugurproduk mentholatedproduk rambut barurambut bermasalahrambut gugurwanita rambut gugur