Setiap hari menu minum petang nasi goreng, mi goreng, sandwich tuna, kuih-muih… alahai bosannya. Sesekali nak juga cuba menu lain yang lebih authentic dan menarik. Ala menu yang biasa disajikan di acara-acara majlis, yang jenis finger food. Ya, saiznya kecil tapi ada sesetengah menu sebegini memang mengenyangkan dan ada yang sedap. Bukan sahaja sedap tapi rendah kalori. Jadi sambil kamu melantak, tidaklah rasa risau dengan jumlah kalori yang diambil.. Tak gitew!!
Ini beberapa menu minum petang ala barat Wanista kongsikan… Semuanya mudah dan enak!
Roti bakar bersama Salmon Bersos Krim Lemon
Kalori : 119
Kanji : 1.4 grams
Bahan-bahan :
- 1/2 cawan Greek yogurt atau yogurt biasa
- sedikit hirisan daun bawang
- 2 sudu minyak zaitun
- 1 sudu jus lemon
- 2 auns smoked salmon
- beberapa keping roti yang dibakar
Cara-cara :
Campurkan yogurt, daun bawang, minyak zaitun, jus lemon di dalam satu bekas dan gaulkan. Letakkan di atas roti dan taburkan dengan daun bawang untuk hiasan.
Homemade Potato Chips
Kalori : 130
Kanji : 1 gram
Bahan-bahan :
- 2 biji kentang russet
- 2 sudu minyak zaitun
- 1 sudu serbuk paprika
- 3/4 sudu garam
- 1/4 sudu lada hitam
Cara :
1. Panaskan oven hingga 400°.
2. Menggunakan pisau mandolin slicer atau pisau tajam, hiriskan kentang dan letakkan di atas tuala dapur supaya menyerap lembapan kentang.
3. Gaulkan hirisan kentang di dalam minyak zaitun, paprika, garam dan lada hitam. Susunkan sehelai-sehelai di atas baking sheet.
4. Bakar sehingga kentang berwarna keemasan, dari 20 hingga 25 minit. Keluarkan dari oven dan taburkan dengan garam.
5. Apabila sejuk, masukkan kentang di dalam bekas kedap udara selama sehari.
Canape Kentang Dengan Tuna
Kalori : 136
Kanji : 0.8gram
Bahan-bahan :
- 8 biji kentang mini atau red potato
- 1 tin tuna dalam air
- 2-3 sudu besar mayonis
- 1 sudu krim masam / sour cream
- 1 sudu jus lemon
- sedikit daun bawang dihiris
Cara-cara :
1. Letakkan kentang di dalam steamer dan stimkan hingga lembut, 18-20 minit. Sejukkan dan belah dua. Jika tiada steamer, anda boleh rebuskan di dalam air atau gunakan mikrowave.
2. Guna melon baller atau sudu, scoop keluar isi kentang dan letak di dalam bekas lain.
3. Gaulkan tuna, mayonis, krim masa, jus lemon dan daun bawang di dalam bekas.
4. Masukkan bahan yang digaul di dalam kentang yang tadi dan taburkan dengan hirisan daun bawang. Siap! 🙂
Sedapkan? Apa lagi cubalah..