Wanista buat Giveaway lagi! Kali ini menampilkan sebuah sekuel kepada filem “My Stupid Boss” 2016 yang berkisar tentang pekerja yang tidak tahan dengan kerenah majikan mereka, Bossman.
Filem ini bukan sahaja tampil plot menarik tentang kehidupan seharian bahkan dibarisi pelakon seperti Bunga Citra Lestari, Reza Rahadian, Chew Kin Wah, Iedil Putra, Atikah Suhaimie dan ramai lagi.
Jadi, apa yang akan dibawakan untuk “My Stupid Boss 2” ini pula? Dalam sekuel ini, Bossman, Diana, Mr. Kho dan Adrian berangkat ke Vietnam demi mencari pereka fesyen baru. Namun masalah demi masalah mula timbul seperti Bossman melanggar perjanjian gaji pekerja Vietnam dan ditahan di balai polis. Sementara itu, Norahsikin dan Azahari di Kuala Lumpur perlu berdepan gangster yang mahu mengutip hutang Bossman.
Trailer
Tayangan My Stupid Boss 2
Tempat – TGV 1 Utama
Tarikh – 27 Ogos 2019 (Selasa)
Masa – 8.45pm
Jika nak menjadi penonton terawal menonton My Stupid Boss 2, sila lengkapkan slogan seperti berikut, “Saya nak tonton My Stupid Boss 2 kerana…”
Syarat Pernyataan
- Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom
- PENTING! Pihak Wanista akan mengutamakan peserta yang mendiami kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sahaja dan ini bagi mengelak kecelaruan pada hari tayangan.
- Jawapan boleh dihantar ke alamat email submit@wanista.com dengan tajuk My Stupid Boss 2.
- Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Nombor Telefon Pintar dan Alamat Rumah.
- Peraduan ini hanya sah dari 19 hingga 26 Ogos 2019.
- Seorang hanya boleh menghantar SATU penyertaan.
- Pemenang dikehendaki datang menuntut pas eksklusif filem My Stupid Boss 2 pada 27 Ogos 2019 (Selasa) dari jam 8.00 hingga 8.30 malam di TGV 1 Utama.
Jawapan paling kreatif, menarik dan kelakar jadi pilihan Wanista! All The Best!