#Trend2019, Ternyata 5 Selebriti Lelaki Ni Lagi Kacak Berambut Panjang

Seperti yang kita jangka setiap kali kemunculan BTS dalam sesuatu acara atau update di media sosial, confirm akan trending serata dunia… termasuklah Malaysia.

Contohnya BTS Jungkook pukau netizen dengan berambut panjang belah di tengah dan ala ‘wet-look’ yang bersinar ketika membuat persembahan di Lotte Duty Free Family Concert. Sekaligus mengejutkan Army dengan penampilan yang seksi dan luar biasa itu. Kita sedia maklum Jungkook acapkali tampil potongan bentuk ‘bowl’ dan berimej baik tetapi kali ini terus transformasi kepada ‘bad boy’… luruh jantung yang melihatnya.

Foto – Twitter

Selain Jungkook, terdapat beberapa selebriti lain yang tidak kurang hebatnya bila berambut panjang. Ini menurut pandangan peribadi team Wanista sendiri ye..

Harry Styles cukup sinonim dengan rambut kerinting dan panjang ke bahu. Bayangkan peminat sampai menangis bila jejaka berlesung pipit ini memotong rambut pendek.

Foto – Hello

Sejak awal debut lagi aktor Call Me By Your Name, Timothee Chalamet dikurniakan dengan rambut ikal mayang coklat bersinar. Cemburu melihat sihatnya rambut Timothee… Apa rahsia ye?

Foto – Pinterest

Suatu masa dahulu penulis cukup berkenan melihat aktor Jepun Takuya Kimura. Lebih-lebih lagi drama Takuya Kimura seperti Long Vacation dan Beautiful Life, dengan rambutnya yang panjang beralun, memang segak habis.

Foto – Twitter

Bila Park bo-gum muncul dengan imej berambut panjang untuk watak dalam drama, hati netizen Korea tidak keruan.  Kebanyakan peminat sibuk berbicara tentang stail rambutnya di media sosial, ada yang memuji, ada yang benci dan macam-macam lagi.

Foto – Twitter

Satu-satunya wakil Malaysia adalah aktor Aedy Ashraf. Rambutnya tak ubah seperti Harry Styles, nampak stail dan masih tampak sihatnya. Suka tengok bila dia mengikat rambut ‘man bun’, cool betul!

Foto – IG

Jangan kecam pilihan Wanista ye… Kalau korang ada pilihan masing-masing, kongsikan dengan kami di bawah.

artis lelaki rambut panjangartis lelaki rambut panjang paling kacakinspirasi stail rambut lelakilelaki rambut panjangrambut bts jungkookstail rambut artis lelakistail rambut btsstail rambut lelaki