Percayalah secantik mana rupa dan penampilan seseorang, namun jika mengalami masalah bau badan, daya penarik individu terbabit tentunya akan jatuh merudum.
Tahukah berdasarkan kajian saintis, memakai minyak wangi bukan sahaja akan membuatkan mood si pemakai jadi lebih baik malah ia akan membuatkan seseorang kelihatan lebih cantik dan yakin.
Baca : Benarkah Minyak Wangi Bikin Wanita Kelihatan Lebih Cantik?
Bila kita bercakap bab minyak wangi, penulis pasti setiap daripada kita miliki haruman kegemaran – mungkin ada yang suka bau kayu-kayan, pedas, manis buah-buahan, segar bak buah lemon bahkan juga yang ceria daripada bunga.
Jadi siapa yang masih keliru nak cari minyak wangi daripada haruman bunga untuk yang tersayang, Wanista kongsikan beberapa yang best dan berpatutan harganya.
Kate Spade Live Colorfully
Live Colorfully, menetapkan mood penuh semangat menerusi gabungan buah mandarin untuk top note, di tengahnya ada sedikit campuran bunga gardenia dan air kelapa, menjadikan ia padanan yang cukup unik. Harga tertera ialah 100ml RM 373, 50ml RM 297 dan 30ml RM 220.
Anna Sui Romantica
Miliki bau buah mandarin dan delima bila dihidu pertama kali. Di tengah pula gabungan rose, jasmine, orange blossom dan peony blossom menjadikan cukup romantik sekali. Harga murah di Lazada!
Cristal Royal Rose by Princesse Marina de Bourbon
Cristal Royal Rose merupakan minyak wangi wanita yang miliki bauan bunga dan buah. Di atasnya gabungan lemon, rose dan pear, di tengah pula freesia, violet dan peach manakala disudahkan dengan ambroxan, musk dan cedar. Teringin nak bau, dapatkan dengan harga berpatutan di Sasa Malaysia.
Miss Dior Blooming Bouquet
One of the best floral fragrance! Semburan dari bau mawar segar dan peony, dilembutkan pula dengan bergamot dan white musk, menjadikan minyak wangi ini cukup sofistikated dan anggun. Nak jadikan sebagai hantaran, pergi sahaja ke Sephora.
NYC by Sarah Jessica Parker
Kegemaran penulis! Haruman fruity-floral gabungan daripada bunga osmanthus dan strawberi, memberikan personaliti yang sofistikated dan muda belia dalam satu masa.
Lima di atas adalah antara kegemaran penulis sendiri. Kalau anda nak cari yang lain dengan harga lagi berpatutan, rujuk artikel ini – Wanginya Bau, 10 Minyak Wangi Selebriti Paling Berbaloi Beli
Happy Shopping!