Bulu ketiak merupakan entiti yang kurang gemar di sentuh baik bagi lelaki mahupun wanita. Tambahan lagi dengan dilema sama ada perlu mencukur atau tidak bulu ketiak. Isu yang menarik telah membuat kajian dan survey tentang kenapa lelaki perlu mencukur bulu ketiak mereka.
Nak tahu kenapa lelaki perlu mencukur bulu ketiak mereka, ikuti maklumat selanjutnya di bawah!
Sebab Kenapa Lelaki Perlu Mencukur Bulu Ketiak
Kerana Bau Kurang Menyenangkan
Pastinya ramai yang mengetahui bahawa ketiak merupakan anggota badan yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bulu ketiak yang terperangkap di bawah lengan akan menjadikan anda tidak selesa dan tertekan ditambah pula dengan bau badan serta peluh yang melekit, pastinya membuatkan anda seribu kali tidak selesa bukan?
Untuk Kekal Bersih Dan Selesa
Penting buat lelaki untuk mengekalkan kebersihan dan keselesaan diri dengan mencukur bulu ketiak serta merapikannya. Merapikan bulu ketiak adalah perlu untuk mengelakan dari bulu ketiak saling berbersimpul dan menyebabkan ketiak anda gatal-gatal.
Selain itu, anda mesti tak mahu bulu ketiak yang lebat seperti hutan membuatkan hari-hari mendatang tertekan bukan?
Evolusi
Setiap helaian rambut yang terdapat pada anggota badan mempunyai fungsi masing-masing. Contohnya rambut yang terdapat di atas kepala adalah melindungi daripada cahaya matahari serta memberi pelindungan.
Manakala rambut atau bulu yang terdapat pada ketiak pula dikata pada zaman purba dahulu kala ia berfungsi untuk menarik perhatian jantina yang berlainan. Tapi cara sedemikian hanya sesuai di guna pakai pada waktu dan zaman lalu dan tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang.
Bila Lelaki Harus Mencukur Bulu Ketiak?
Nak tahu bila anda harus cukur bulu ketiak? Sebenarnya tak susah pun, jika anda memiliki bulu ketiak keriting atau apabila anda mengangkat lengan anda dan mucul segerombol bulu ketiak yang bersepah atau ketiak serta bulu ketiak anda berbau, nah itulah masa yang perlu anda cukur bulu ketiak anda.
Jangan berlengah atau dibiarkan lama kerana dikhuatiri ketiak anda akan dijangkiti bakteria.
Bagaimana Mencukur Dengan Selamat?
Trimming
Untuk mencukur bulu ketiak dengan selamat, anda harus bermula dengan trim bulu-bulu yang bersepah pada ketiak anda. Gunakan gunting yang kecil untuk memendekkan bulu ketiak. Tinggalkan beberapa centimeter atau seberapa pendek mengikut keinginan ada. Bulu ketiak yang pendek akan membuatkan bau dan peluh berkurangan. Jadi anda trim bulu ketiak sekarang!
Mencukur
Jika anda merasakan dengan melakukan kaedah trim pada bulu ketiak tidak cukup. Anda boleh beralih dengan mencukur bulu ketiak. Jika bulu ketiak terlalu panjang, disarankan untuk trim dahulu bulu ketiak anda, selepas anda telah selesai trim bulu ketiak barulah aktiviti mencukur bulu ketiak dilakukan.
Sapukan krim untuk mencukur dan lalukan pencukur atas dan bawah bagi mencukur segala saki baki bulu pada ketiak anda sehingga selesai. Anda juga boleh mencukur selepas mandi kerana bulu ketiak anda selepas mandi akan menjadi lebih lembut dan mudah untuk di cukur.
Jadi orang lelaki perlu jaga kebersihan anda dan jangan biarkan bulu ketiak bersepah seperti hutan baru nak trim dan cukur. Ingat penjagaan keterampilan diri itu amat penting. Di harap maklumat yang dikongsikan bersama ini dapat memberi manfaat yang baik untuk anda semua!