Sebagai wanita, wajar apabila kamu ingin selalu terlihat cantik dan menawan. Namun, tidak dapat dinafikan ada masanya kamu merasa malas mahu berdandan, bersolek. Tapi pada masa yang sama kamu masih mahu kelihatan menarik, berseri dan sedap mata memandang.
Tak perlu khuatir, ini dia cara bersolek paling mudah untuk tampil cantik menawan walaupun kamu malas.
Jangan pernah lupa pakai pelembap
Setiap kali keluar rumah, jangat sesekali lupa gunakan pelembap. Dengan menggunakan pelembap, kamu boleh meminimumkan risiko kulit kering. Selain itu, kulit lembap juga akan membuat solekan lebih mudah diserap supaya hasilnya cantik dan tidak cakey.
Guna bedak asas
Biasanya selepas pelembap, kamu akan aplikasi foundation atau BB Cushion. Tapi memandangkan mahu yang remeh sahaja memadai sekadar menggunakan bedak asas. Pastikan kandungan SPF 25 dan PA +++ untuk melindungi kulit wajah daripada pendedahan cahaya matahari, sekaligus memberi kesan semulajadi yang cantik berseri.
Pakai maskara
Membuat riasan mata biasanya memerlukan banyak tenaga dan usaha, dan hal ini menjadi leceh buat kamu yang memang malas mahu bersolek sakan. Oleh itu, untuk solekan semulajadi, kamu boleh melangkau penggunaan eyeshadow dan eyeliner. Kamu hanya perlu menggunakan maskara untuk menjadikan mata kelihatan lebih ‘terbuka’ dan galak. Jangan lupa memilih maskara kalis air agar penggunaannya kekal sepanjang hari dan tidak bercapuk.
Pilih gincu yang natural
Gincu datang dalam pelbagai bentuk dan warna, membuatkan kamu keliru tentang mana yang mahu dipakai. Wanista syorkan untuk solekan semulajadi, kamu pilin gincu berwarna neutral seperti warna-warna nude. Pilih warna nude, merah jambu atau mungkin peach supaya ia boleh digunakan untuk aktiviti harian dan cocok uituk sebarang jenis solekan.
Baca : Cara Pakai Gincu Nude Agar Tak Nampak Pucat… Mudah Je!
Sentiasa bawa kertas minyak
Pengeluaran minyak yang berlebihan boleh membuatkan wajah kelihatan kusam dan mengganggu aktiviti harian. Oleh itu, sentiasa bawa kertas minyak untuk menyerap minyak berlebihan di muka supaya kamu sentiasa kelihatan lebih segar dan lebih yakin.
Jadi sekarang kamu masih terlihat cantik dan serseri walaupun sekadar mengenakan solekan ringkas sahaja. Selamat Beramal!