Anda pasti mengetahui kehebatan mask organik dari tanah liat kelahiran negara Kangaroo ini. Videonya tular di setiap saluran media sosial.
Bayangkan baru berusia setahun tetapi sudah terjual lebih daripada 60,000 unit dalam masa 12 minggu yang pertama, setengah juta pengguna serata dunia dan ramai ternanti-nanti produk baru kelahiran Sand & Sky.
Menggunakan tanah liat dari Australia, ternyata ia miliki keistimewaan dan memang diakui kehebatannya. Kita sedia maklum, tanah liat mampu bertindak seperti haba yang membuka kesemua liang pori pada wajah untuk menarik keluar kotoran.
Baca : Gempak! 6 Mask Organik Ini Buktikan Kelebihan Tanah Liat Pada Kulit
Jadi apa kelebihan tanah liat Sand & Sky?
Tanah Liat Merah Jambu
Tanah liat merah jambu adalah ramuan utama untuk setiap produk Sand & Sky. Tanah liat ini berasal dari Australia Barat, berfungsi sebagai magnet yang mengeluarkan toksin dan mampu membersihkan liang pori daripada kotoran degil seperti habuk, asap serta minyak yang bergabung menyesak pori sehingga menggalak kemunculan anasir jahat seperti jerawat dan keradangan kulit, ruam. Lagi yang menarik pink clay mask membantu kulit kamu untuk menghasilkan sel kulit baru agar terlihat lebih berseri dan bebas cela.
Dua Produk Laku Keras
Flash Perfection Exfoliating Treatment
Australian Pink Clay adalah magnet yang kuat, mampu menghilangkan toksin, bahan pencemar dan kotoran jauh di dalam kulit. Tanah liat jenis pengelupasan ini mempunyai kandungan bahan seperti biji buluh, macadamia dan Australian Finger Lima yang mampu menghilangkan sel-sel kulit kering dan kusam untuk kelembutan segera, agar terhasil kulit penuh bercahaya, segar dan cantik berseri. Kaya dengan antioksidan, rosehip, grapeseed dan minyak zaitun untuk menyuburkan kulit dan memulihkan cahaya yang hilang. Witch hazel pula bersifat mengetatkan liang pori tanpa menanggalkan kelembapan wajah.
Baca : Apa Tu “Witch Hazel”, Kenapa Bagus Sangat Untuk Muka Berjerawat?
Porefining Face Mask
Topeng muka ini membersih dan mengetatkan liang pori sebaik mungkin. Organic Liquorice merangsang penghasilan sel baru, sementara Old Man Weed mengatasi pigmentasi. Aloe Vera secara semulajadi mengetat dan menenangkan keradangan serta iritasi. Buah Delima pula meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit lebih gebu, lembap dan bercahaya.
Sebaik sahaja dilancarkan, Sand & Sky clay mask mendapat respon positif dari netizen serata dunia. Ada menjelaskan tidak perlu lagi filter untuk selfie kerana kulit wajah sudah terlihat segar dan berseri. Jerawat secara perlahan mula beransur hilang, liang pori mengecil dan terasa ketat bagai melakukan suntikan botox serta pelbagai lagi.
Jika anda ingin mengalami pengalaman menggunakan produk Sand & Sky, dapatkan sahaja di www.sephora.my sekarang. Harga juga berpatutan ye ❤