Nike memperkenal rekaan kasut terbaru yang lebih unggul dan lebih dinamik! Nike Joyride merupakan hasil inovasi kepelbagaian formasi platform tapak yang dapat membantu kaki kekal stabil dengan pengalaman impak sentuhan yang gempak. Di tambah pula dengan kasut yang sangat ringan seperti kusyen empuk!
Nike Joyride ini merupakan satu-satu produk Nike yang di hasilkan dengan sistem beribu-ribu manik jenis TPE sebagai tapak kusyen kasut. Manik-manik ini membenarkan foam untuk mengembang ke pelbagai arah dan ianya di namakan anjakan multi-dimensi.
Sistem ini menghasilkan tapak kasut yang dinamik dan memberikan rasa sentuhan serta pengalaman yang selesa kepada si pemakai. Rekaan yang di rumus khas ini mampu memberikan kesan pergerakan yang lancar, meskipun si pemakai berlari dan menghasilkan impak momentum yang besar tetapi dengan Nike Joyride ini ia dapat melembutkan pergerakan dan melembutkan impak di tapak kasut si pemakai dengan mudah!
Nike Joyride ini hadir dengan beberapa jenis siri keluaran sesuai dengan kategori untuk si pemakai.
- Nike Joyride NSW
- Nike Joyride NSW Setter
- Nike Joyride NSW Optik (Di rumus khas untuk wanita)
- Nike Joyride Kids Nova (Di rumus khas untuk kanak-kanak)
Ahli Nike kini berpeluang untuk mendapatkan kasut Nike Joyride Run Flyknit di laman rasmi Nike [SINI] dan manakala bagi yang bukan ahli, kasut ini akan di lancarkan secara global pada 15 Ogos 2019 ini.
Nike Joyride Run Flyknit ini akan di jual di Malaysia RM735 untuk lelaki dan RM689 untuk wanita. Jadi peminat kasut Nike, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan kasut Nike Joyride yang terbaru ini di outelt Nike berhampiran anda pada 15 Ogos ini!