Blackpink! Siapa yang tidak mengenali girl group dari Korea ini bukan? Dengan lagunya, fesyen serta karakter ahli kumpulan yang unik membuatkan peminat jatuh cinta dengan kumpulan K-pop popular ini. Tapi apa pula kaitannya dengan syarikat elektronik gergasi Samsung dengan Blackpink ini?
Sebenarnya, Samsung telah mengeluarkan set telefon bimbit A80, jam tangan dan earbud edisi Blackpink! Wah, bestnya. Apa yang uniknya, Samsung telah mengeluarkan produk edisi terhad Blackpink ini di Singapura. Dan harga untuk satu set ini di jual pada harga S$1,198 atau RM3606 wang Malaysia.
Set yang di keluarkan oleh Samsung ini adalah edisi terhad, peminat Blackpink boleh dapatkan set edisi terhad ini di ke semua outlet Samsung dan di stor rasmi Samsung iaitu Lazada bermula 1 Ogos 2019 ini.
Meskipun harganya agak mahal bagi peminat generasi muda tetapi Samsung memberikan tawaran hebat yang eksklusif hanya kepada pembeli set edisi terhad Blackpink ini.
Antara yang eksklusif adalah pengguna dapat mengakses secara eksklusif kandungan Blackpink yang terdapat di dalam Galaxy A80 yang mengandungi animasi Blackpink yang muncul apabila telefon bimbit di hidupkan. Selain itu, tema dan ikon Blackpink yang eksklusif juga terdapat di dalam telefon bimbit ini.
Rangkaian Set Edisi Terhad Blackpink
Galaxy A80
Untuk makluman semua, telefon bimbit Galaxy A80 memiliki tiga kombinasi kamera iaitu 48MP kamera utama, 8MP kamera ultrawide sebanyak 123 darjah dan 3D kedalaman kamera. Wah, kalau tangkap gambar memang cantik betul ni!
Blackpink Galaxy Watch Active
Jam tangan Blackpink ini menampilkan rekaan yang bersahaja dan ianya hadir dengan warna tema kumpulan idol K-pop terkenal ini iaitu warna hitam dan merah jambu! Selain itu, jam tangan ini juga memiliki feature animasi Blackpink apabila di boost-kan. Wah, hebatnya!
Galaxy Buds
Galaxy bud ini juga hadir dengan warna tema yang serupa iaitu warna hitam dan merah jambu. Bekas earbud yang comel ini pastinya membuatkan anda geram! Bukan sahaja ia kelihatan smart dan cool tetapi ia juga kelihatan gempak. Bayangkan anda padankan earbud ini dengan telefon bimbit Galaxy A80 edisi terhad Blackpink, fuh tak tidur semalaman di buatnya dek terlalu asyik melihat set yang sedondon ini.
Jadi bagi anda yang ingin mendapatkan set edisi terhad Blackpink keluaran daripada Samsung ini, nantikan 1 Ogos 2019 ini dan dapatkannya menerusi stor rasmi Samsung di Lazada!