Baru bangun tidur? Cepat belek muka di cermin, mesti macam Hantu Kak Limah kan… muka sememeh, rambut mengerbang tidak terurus, aduh takut suami melihatnya.
Memudahkan kerja setiap wanita apabila Visionary Solutions Sdn Bhd memperkenalkan berus pelurus rambut seramik yang pertama dan asli DAFNI. Bukan satu tapi lima model baru – DAFNI classic, DAFNI black, DAFNI allure, DAFNI go dan DAFNI rose go memudahkan setiap wanita mendandan rambut sama ada yang kerinting atau lurus.
Keistimewaan DAFNI
Direka dengan Teknologi Seramik 3D yang dipatenkan, berus DAFNI dilengkapi dengan elemen pemanasan yang unik yang mengedarkan haba dengan seragam pada suhu 185°C secara konsisten. Suhu ini suhu optimum untuk menggaya rambut tanpa merosakkan rambut.
DAFNI go dan DAFNI rose go dilengkapi dengan kabel mudah dikemas, khas untuk mereka yang kerap mengembara. DAFNI allure merupakan berus rambut seramik mudah alih yang pertama tanpa wayar dan boleh menggaya sehingga tiga kepala hanya dengan satu cas.
DAFNI black dan DAFNI allure dilengkapi dengan Teknologi Curved Core yang unik, reka bentuk cekung yang memberikan liputan luas ke akar rambut, bahkan memudahkan dalam proses penggayaaan untuk semua jenis rambut – kerinting, lurus atau beralun.
Dibuat untuk ketahanan, berus pelurus rambut seramik DAFNI dilengkapi dengan penebat tahan panas yang juga digunakan oleh Angkatan Tentera A.S dan NASA. Direka oleh jurutera dan usahawan, Sharon Rabi, berus pelurus rambut seramik DAFNI telah diuji untuk tahan lama dan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti sistem penutupan auto yang mematikan berus selepas 15 minit jika tidak digunakan.
Tidak hanya wanita, yang lelaki juga boleh menggayakan rambut mereka dengan berus pelurus rambut DAFNI ini. Berminat, anda boleh dapatkan di semua kedai A Cut Above dan Harvey Norman.