‘Train To Busan’, filem thriller bukan sahaja mencatat keuntungan yang memberangsangkan, malah turut mencetuskan fenomena di seluruh dunia kerana kelainan yang diberikan dalam filem tersebut.
Berbeza dengan filem-filem zombi lain yang cenderung memaparkan aksi-aksi ngeri zombi meratah manusia, filem dari Korea itu lebih mengetengahkan apa yang terjadi kepada sifat kemanusiaan apabila terperangkap di dalam kecemasan wabak zombi.
Akhirnya sekuel filem ini akan menemui anda semua dengan judul yang baru “Bando”, atau “Peninsula”.
Apa yang bakal dibawakan oleh Bando?
Plot Cerita
Latar masa bahagian dua akan berlaku empat tahun selepas peristiwa filem pertama. Plot akan berkisar di semenanjung Korea yang tidak boleh didiami selepas zombi menguasai tempat. Dengan beberapa manusia yang selamat, mereka berjuang untuk meneruskan kehidupan dengan harapan dapat diselamatkan.
Muka Baru Menghiasi Bando
Dilaporkan, Ma Dong-seok, Gong Yoo dan Jung Yu Mi tidak turut serta untuk sekuel. Bando akan tampil dengan muka baru seperti Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan dan pelakon kanak-kanak Lee Rae serta Kwon Hae Hyo.
Tiada Lagi Gong Yoo
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada karakter Gong Yoo dihidupkan kembali memandangkan dia sudah menjadi zombi. Gong Yoo di dalam satu temubual berkata dia pernah mencadangkan kepada pengarah, Yeon Sang Ho, untuk menghidupkan kembali karakternya dengan hidup sebagai zombi. Namun, Yeon tidak bersetuju dengan berkata, karakter Seok (Gong Yoo) sudah mati selepas patah tengkuk ketika melompat dari keretapi.
Teaser
Penggambaran telah bermula pada 24 Jun. Buat masa ini, hanya teaser yang dikongsikan kepada peminat filem zombi ini. Berbeza dengan Train To Busan yang menjadikan keretapi sebagai latar tempat, Bando tampil di kawasan bandar yang musnah akibat wabak zombi.
Train to Busan is currently on our staff picks in store and today they have released the first concept image for its sequel titled 'Peninsula' Can't wait for this pic.twitter.com/xJCeyxFiQ1
— hmv Lancaster (@hmvLancaster) July 10, 2019
Rasanya watak Jung Yu Mi dan anak Gong Yoo perlu dikekalkan kerana mereka tidak mati diakhir cerita, malah diselamatkan oleh askar di Busan. Apapun sama-sama kita nantikan filem ini yang dikhabarkan menemui penonton tahun depan.