Wanista berkesempatan bercuti di LEGOLAND Malaysia Resort baru-baru ini, lawatan Wanista di serikan dengan pelbagai aktiviti di LEGOLAND serta tarikan terbaru yang di sediakan khas untuk pengunjung yang bakal mengunjungi LEGOLAND Malaysia Resort ini!
Nak tahu apakah tarikan terbaru tersebut? Wanista akan dedahkan sebentar lagi!
LEGO Friends Live Show
LEGOLAND Malaysia Resort menjemput anda semua untuk mengunjungi dan bertemu dengan LEGO Friends iaitu Olivia, Emma, Stephanie, Mia dan Andrea di LEGOLAND Theme Park. Tarikan terbaru yang ingin di perkenalkan adalah LEGO Friends Live Show di theme park ini.
Kelima-lima watak gadis comel berdasarkan program televisyen terkenal iaitu LEGO Friends TV Series.
Ianya berkisarkan tentang kelima-lima gadis yang mengembara ke Heartlake City untuk membuat kenalan baru dan bertemu dengan para pengunjung yang datang ke LEGOLAND untuk melihat persembahan kelima-lima sahabat karib ini. Wow cukup menarik betul!
Keluarga Dan Anak-Anak Terhibur Dengan LEGO Friends
Persembahan yang dinamik dan ceria ini berlangsung selama 20 minit ini menampilkan Andrea sebagai watak utama yang bersiap sedia untuk acara konsert tahunannya.
Plot atau senario jalan cerita yang menarik ini membawa pengunjung menyingkap jalan cerita Andrea bersama empat orang rakannya di Heartlake City ini.
Persembahan yang di persembahkan oleh LEGO Friends ini cukup menarik perhatian terutama bagi golongan kanak-kanak! Mana tidaknya dengan nyanyian, tarian serta interaksi bersama pengunjung, menjadikan persembahan ini lebih bermakna dan menyeronokan!
Konsep Persahabatan Sebagai Tema
LEGO Friends Live Show ini mempamerkan nilai-nilai moral dan erti persahabatan menerusi lima watak LEGO Friends ini dan berharap kanak-kanak yang datang mengunjungi dan menyaksikan persembahan live show ini dapat memupuk aspek peribadi persahabatan dan mempunyai nilai-nilai murni seperti kreatif, penyayang, suka mengembara dan saling mencintai, sama seperti peribadi kelima-lima sahabat LEGO Friends ini.
Teknologi Visual Mapping Yang Gempak!
Selain itu, persembahan yang menarik ini di perkasa dengan penggunaan teknologi berkuasa tinggi! Bukan sembarangan paparan projektor yang mereka pancarkan tau. Demi menghasilkan persembahan yang jitu, berkesan dan memiliki impak, LEGO Friends menggunakan projektor yang berteknologi tinggi dengan paparan visual mapping yang gempak dan memukau pandangan mata terutama bagi si kanak-kanak. Sekaligus menjadikan persembahan lebih meriah, menyeronokan dan menarik.
LEGO Friends Menanti Anda!
Bukan itu sahaja, bagi pengunjung yang datang melawat LEGOLAND Malaysia Resort, jangan lepaskan peluang untuk berjumpa dengan karakter dari LEGO Friends di dalam taman tema ini. Malah peminat LEGO Friends juga dapat mengetahui aktiviti kegemaran mereka menerusi aktiviti yang menyeronokan seperti Heart Building Activity dan Super Friends Fun Find.
Program LEGO Friends LIVE Show berlangsung setiap hari pada pukul 11.00 pagi, 1.00 petang, 3.00 petang dan 5.00 petang di pentas LEGO City. Pengunjung juga boleh memilih untuk membeli Triple-Park annual pass di laman sesawang rasmi milik LEGOLAND. Dengan membeli pas ini, pengunjung dapat menikmati 12 bulan kemasukan ke tiga-tiga taman (Theme Park, Water Park dan SEA LIFE) tanpa terhad! Wah, seronoknya. Boleh masuk ketiga-tiga taman tanpa had selama 12 bulan, memang berbaloi!
SEA LIFE Dengan 120 Spesis Hidupan Marin Yang Unik!
SEA LIFE merupakan jenama akuarium nombor satu di dunia dan kini jenama terkenal dunia ini telah melabuhkan tangkinya di Malaysia bersama LEGOLAND Malaysia Resort. Menariknya akuarium SEA LIFE Malaysia ini mempamerkan 25 tangki akuarium dengan 11 zon habitat, di mana lebih kurang 13,000 hidupan marin dari 120 spesis di pamerkan di dalam akuarium SEA LIFE ini.
Dengan rekaan tangki akuarium yang besar membolehkan pengunjung melihat ikan jerung, ikan pari dan pelbagai jenis hidupan marin ini dengan perasaan teruja dan menyeronokan!
Tambahan lagi hidupan marin yang dipamerkan ini sekaligus mengajar kepada ibu bapa dan kanak-kanak secara khususnya tentang habitat hidupan laut, rantai ekosistem dan fungsi hidupan laut ini kepada kehidupan haiwan marin di bumi ini.
Pameran Hidupan Laut Yang Comel!
Sepanjang Wanista berjalan dan mengunjungi SEA LIFE Malaysia yang terletak betul-betul di bahagian pintu masuk Theme Park LEGOLAND Malaysia Resort ini, mata wanista di penuhi dengan warna biru laut yang cerah dan tentang. Pelbagai hidupan marin yang comel-comel, membuatkan diri tak senang duduk!
Terkeluar sifat keanak-anakan wanista apabila melihat hidupan laut ini. Bayangkan orang dewasa pun boleh teruja apatah kalau kanak-kanak yang melihat pasti lebih teruja di buatnya!
Untuk melihat sebarang promosi di LEGOLAND Malaysia Resort (Theme Park, Water Park dan SEA LIFE) anda boleh melihat di laman sosial Facebook LEGOLAND [SINI] dan di akaun sosial media Instagram [SINI].
Jadi apa tunggu lagi, bawa keluarga anda serta rakan-rakan untuk berkunjung ke LEGOLAND Malaysia Resort dan alami ke semua tarikan yang menyeronokkan ini. Pastinya pengalaman yang anda dapati me jadi sangat bernilai terutama untuk kanak-kanak.