Hari ini terasa nak makan Spaghetti Carbonara.
Daripada beli di luar, apa kata kali ini kamu mencubanya di rumah sahaja. Kita sedia maklum, selalunya bila masak Spaghetti Carbonara, kita pasti akan menggunakan sos segera seperti Prego, Kimball dan pelbagai lagi jenama. Apa kata kali ini Wanista belanja resepi Spaghetti Carbonara tanpa guna sebarang sos segera yang ada di pasaran. Serius sangat mudah dan melazatkan.
Cara Buat Sos Untuk Empat Orang Makan
Bahan-bahan
- Cendawan Shiitake 2 biji
- Bawang putih 3 biji
- Bawang besar sebiji
- Hot dog, ambil 1 sahaja cukup
- Tepung gandum biasa
- Susu segar setengah cawan
- Air masak
Bahan di atas semuanya dikisar halus.
Cara Menyedia
Panaskan periuk, letak mentega untuk tumis bawang – dua ulas bawang putih, bawang besar setengah (dipotong dadu). Bila dah naik bau, masukkan bahan yang dikisar tadi. Tambah setengah cawan susu segar (jenama ikut kesukaan masing-masing, Wanista pilih Farm Fresh) dan satu cawan air masak. Biarkan mendidih.
Sambil itu, tambahkan bahan penyedap seperti hot dog, cili benggala, baby tomato, dua keping keju, daging burger yang dicincang. Letak juga herba Itali, Wanista guna jenama Hexa. Biarkan kesemuanya masak hingga mendidih dan sebati.
Makan bersama spaghetti yang anda rebus terlebih dahulu.
Baca : Rupanya Tak Boleh Masukkan Minyak Ketika Rebus Spageti, Sebab…
Selamat Beramal!