Serius tak rugi tonton filem Spider-Man: Far From Home! Bagi yang telah menonton filem Avengers: Endgame, terdapat beberapa sekual yang memaparkan preview atau hint bagi filem akan datang. Dan menariknya kesinambungan tersebut muncul dalam filem Spider-Man: Far From Home.
Permulaan Cabaran Baru?
Perjalanan cerita yang kemas dan tersusun pada permulaan filem mula berubah tempat apabila di kemuncak filem, muncul kuasa-kuasa misteri yang di kenali sebagai Elementals membuat kemunculan. Kehadiran kuasa-kuasa asing yang memiliki elemen alam ini memainkan peranan penting dalam filem Spider-Man kali ini.
Dan kehadiran kaca mata pintar AI yang dikenali sebagai EDITH menjadi kunci bagi filem kali ini! EDITH merupakan kaca mata yang di tinggalkan oleh Tony Stark untuk Peter Parker!
Mysterio Si Manipulasi!
Kehadiran Mysterio lakonan Jake Gyllenhaal sewaktu di landa kesusahan membuatkan Mysterio atau Quentin Beck menjadi sebagai salah satu adiwira seperti watak-watak hero yang lain. Tetapi rupa-rupanya segala bala bencana yang hadir adalah hasil manipulasi oleh Mysterio dan ahli kumpulannya! Jahat betul. Ingin mengetahui apa yang di lakukan oleh Mysterio di dalam filem ini? Anda harus tonton dan lihat sendiri! Geram betul dengan watak Mysterio ni.
Ikatan Avengers Menerusi Spider-Man
Watak Peter Parker yang merupakan adiwira terkenal Spider-Man lakonan Tom Holland membuka seleksi sekual baru dengan kemunculan Nick Fury lakonan Samuel L. Jackson dan Happy Hogan lakonan Jon Favreau.
Kedua-dua watak ini menjadi salah satu tulang belakang bagi filem Spider-Man: Far From Home dan sekaligus memberikan gambaran kemungkinan watak-watak adiwira yang lain bakal membuat kemunculan bagi filem Marvel yang seterusnya!
Sinopsis Spider-Man: Far From Home
Peter Parker menyertai rombongan sekolah bersama-sama dengan MJ, Ned dan rakan-rakan sekelasnya yang lain ke Eropah. Walaubagaimanapun, lawatan rombongan tersebut menjadi kacau bilau apabila muncul kuasa-kuasa asing dan bersama-sama Nick Fury, Peter Parker terpaksa meninggalkan rombongan sekolah bagi menyelesaikan cabaran baru yang muncul di Eropah!
Jadi jangan ketinggalan untuk menonton filem gempak ini terutama bagi yang telah menonton filem Avengers: Endgame! Ingat tonton filem ini sampai panggung menutupkan tirai!
Kerana di pengakhiran terdapat kejutan untuk anda!