Swarovski tampil dengan rekaan perhiasan diri terbaru dengan tema koleksi The Magic Of Light. Pelbagai koleksi yang di tampilkan khas sempena menyambut musim luruh dan sejuk tidak lama lagi.
Antara koleksi Magic Light Swarovski ini adalah barangan kemas, jam tangan dan aksesori dengan elemen cahaya dan alam semulajadi yang berinspirasikan menerusi lanskap ais dan langit starry Arctic yang mampu memukau pandangan mata khas untuk si pencinta barangan kemas dengan infiniti alam!
Selain itu, koleksi Swarovski ini juga memiliki ceritera tersendiri berdasarkan rekaan mengikut musim dan menerusi pengalaman yang berbeza ia akan membuatkan si pemakai barangan Swarovski memiliki hari-hari yang mengagumkan bersama Swarovski! Hebatnya.
Produk keluaran Swarovski kali ini akan memberikan pengalaman harian kepada wanita untuk tampil luar biasa, berkeyakinan dan berketerampilan menerusi kecantikan dalaman yang di serlahkan menerusi pemakaian barangan daripada Swarovski.
Elemen yang digunakan oleh Swarovski kali ini adalah astrologi, cahaya dan kristal yang mana mampu menarik perhatian serta memukau pandangan mata dan jiwa semua orang di seluruh dunia.
Highlight Koleksi Swarovski!
Pre-Fall
Sempena menyambut koleksi Magic of Light ini, Swarovski mengeluarkan rekaan Swarovski Sparkling Dance Collection. Di mana koleksi ini memberi impak dari segi dinamik dan moden terhadap rekaan barangan kemas seperti cincin, rantai dan gelang dengan sentuhan elemen magik dan cahaya!
Winter
Musim yang di kaitkan dengan mesteri bulan dan bintang yang memberikan kegemilauan cahaya yang unik dengan sentuhan berdasarkan motif bintang dan bulan menerusi Swarovski Symbolic. Selain itu, sentuhan daripada Swarovski Remix Collection yang memukau dengan perincian barangan daripada Moonsun Range dan jam tangan Octea Lux Moonphase menaikkan seri produk musim sejuk kali ini.
Holidays
Swarovski tampil dengan produk bagi koleksi holidays dengan menerusi rekaan Swarovski Naughty dan Nice Angel Feather. Rekaan yang menampilkan aspek sebagai pemberian hadiah, penghargaan dan kepuasan diri dapat menyerlahkan diri si pemakai dengan barangan kemas daripada koleksi holidays ini.
Produk barangan kemas keluaran Swarovski kali ini sememangnya memukau jiwa dan pandangan manusia terutama bagi kaum wanita. Kegemilauan serta sinar barangan kemas yang mempersona membuat diri seolah-olah di sihir dengan elemen semulajadinya.
Apa yang pasti, tidak rugi bagi sesiapa yang mendapatkan koleksi daripada Swarovski ini dan sekaligus membuatkan anda menjadi sebahagian ceritera di sebalik rekaan The Magic of Light ini!