Baru-baru ini kecoh diva seberang, Kris Dayanti mengakui mengambil suntikan DNA ikan salmon bagi mengekalkan kejelitaan wajah dan awet muda. Penyanyi itu memberitahu rawatan tersebut merupakan salah satu rahsia kecantikannya dan ia diambil bagi tujuan mencerahkan kulit wajah.
“Tubuh manusia bukan hanya memerlukan karbohidrat, tetapi juga omega 3. Salah satu ikan yang paling tinggi kandungan omeganya adalah salmon,” katanya.
Sementara itu, doktor kecantikan yang merawat penyanyi berusia 44 tahun itu berkata, proses meremajakan kulit wajah menggunakan ikan salmon sudah banyak dilakukan di Korea dan Singapura. Doktor turut menyarankan Kris Dayanti mengambil suntikan setahun sekali memandangkan keadaan kulit wajahnya masih baik.
DNA Salmon
Suntikan DNA salmon merupakan rawatan yang menggunakan ekstrak DNA salmon, yang berfungsi untuk menghilangkan hiperpigmentasi, liang pori wajah yang besar serta wajah kusam.
Semakin bertambahnya usia, kemampuan tubuh untuk meregenerasi sel akan semakin berkurang, di sinilah DNA salmon berfungsi. Kandungan protein dalam ekstrak DNA salmon ini menggantikan protein yang tidak dapat diproduksi oleh tubuh kita dan protein kemudian menjadi booster dalam regenerasi dan pembentukan sel. Oleh itu, DNA salmon ini memasuki dan memenuhi sel-sel yang sedang dalam proses penjanaan semula. DNA salmon menghasilkan semula tisu kulit yang rosak kerana pelbagai faktor, seperti umur, radikal bebas, parut jerawat, dan sebagainya. Untuk itu, DNA salmon akan membaiki dari dalam supaya wajah anda kelihatan lebih muda, bersinar dan sihat berpanjangan.
Rawatan ini sesuai untuk kebanyakan orang, terutamanya yang mengalami kesan penuaan kulit dan kerosakan matahari seperti nada kulit yang tidak seimbang, kehilangan keanjalan dan parut jerawat. Dilaporkan, ia permulaan awal untuk remaja dewasa melakukannya sebagai rawatan pencegahan untuk melambatkan proses penuaan kulit.
Apapun sila dapatkan pandangan pakar untuk lebih terperinci. Selamat Beramal!