Perkahwinan merupakan sebuah kapal yang berlayar sepanjang perjalanan kehidupan pasangan yang telah berkahwin. Pasti anda pernah mendengar “Perkahwinan umpama menerajui bahtera di lautan samudera” bukan?
Dalam melayari bahtera sudah tentunya kita akan menghadapi gelora ombak, angin taufan, perubahan cuaca dan sebagainya. Mengambil konsep alam semulajadi sebagai falsafah serta panduan dalam menerajui alam perkahwinan.
Perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah untuk di terajui, pasangan yang berkahwin akan menghadapi perubahan mendadak 360 darjah di dalam kehidupan mereka. Dengan erti kata lain, mereka mula mengenali sisi lain yang belum pernah di tunjukkan semasa di alam berpacaran. Manakan sama perwatakan yang di tunjukkan di hadapan dengan tinggal sebumbung bukan?
Di situlah bermulanya segala cerekarama kehidupan, tetapi anda harus ingat perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan tidak seharusnya di cemari dengan objektif atau motif yang negatif.
Layarilah Alam Perkahwinan Dengan 3 Perkara
Ketenangan
Dalam kehidupan manusia keinginan untuk berkasih sayang, mempunyai pasangan hidup dan berkeluarga adalah keperluan di dalam kehidupan manusia. Tahukah anda menerusi pasangan kita, terdapat ketenangan yang mencenderungkan hati kita kepada pasangan kita. Oleh itu, di dalam perkahwinan terdapat ketenangan.
Adil Dalam Perkahwinan
Di dalam perkahwinan keadilan salah satu faktor penting bagi membentuk keharmonian rumah tangga dan sekaligus memupuk prisip kekeluarga yang saksama dalam mengadili dan menghakimi pelbagai sudut situasi yang berlaku sepanjang pelayaran bahtera kehidupan anda.
Toleransi Dan Saling Memahami
Untuk bertahan di alam rumah tangga ia bukanlah satu perkara mudah. Oleh itu, kunci di dalam rumah tangga adalah sikap toleransi dan saling memahami di antara satu sama yang lain.
Meski pada permulaan perkenalan, kita tertarik dengan perbezaan sikap, atau memiliki persamaan dari segi personaliti dan karater si pasangan. Tetapi di pertengahan jalan di alam perkahwinan telah mula muncul bibit-bibit retakan yang menjadi jurang dek kerana telah bosan dan sebagainya.
Oleh itu, sikap toleransi amat penting sebagai benteng di dalam diri bagi kelangsungan rumah tangga yang harmoni dan damai.
Jadilah Model Insan Buat Anak-Anak
Apabila telah berjaya mengharungi bahtera perkahwinan sehingga ke pertengahan jalan, tiba pula saat getir bagi memimpin pasangan hingga akhir hayat! Tetapi berapa ramai yang berjaya mengharungi saat getir untuk berjuang berhabis-habisan bagi mengukuhkan hubungan perkahwinan sehingga hari tua sampai nyawa terpisah dari tubuh?
Jika ini situasi yang anda hadapi, duduk dan bincang secara empat mata. Imbas dan kenang kembali segala jerih perit perjalanan bahtera perkahwinan yang di lalui bersama. Serta perasaan kasih dan sayang yang membalut jiwa sehingga membentuk satu keluarga yang besar. Jangan mudah menyerah dan sebaliknya jadikan hubungan perkahwinan diri sebagai satu contoh terbaik untuk anak-anak. Agar menjadi model bagi membentukperkahwinan yang harmoni dan bahagia.
Membina perkahwinan yang kekal dan bahagia bukan satu perkara mudah. Ia memerlukan kerjasama di antara kedua-dua pihak. Di harap sedikit sebanyak perkongsian Wanista kali ini dapat memberi sedikit pencerahan buat anda semua.