Anda teringin melancong ke negara matahari terbit? Mungkin inilah masanya!
Klook, kini mendarat di Pavilion KL melalui kerjasama eksklusif bersama Tokyo Street. Jadi sepanjang bulan Jun ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik berlangsung di Tokyo Street. Yang best pelbagai ganjaran lumayan sehingga ke pakej pelancongan menanti anda!
Untuk pengetahuan anda, Klook, satu-satunya platform yang diperlukan oleh rakyat Malaysia untuk meneroka, merancang dan menempah aktiviti serta menikmati pelbagai pengalaman, bukan sahaja di destinasi luar negara tetapi juga seluruh Malaysia.
Klook Travel Hunt
Bermula 10 Jun 2019 dan seterusnya, Klook membawa keseronokan ke Tokyo Street di Pavilion KL dengan Klook Travel Hunt! Setiap minggu, pemenang akan diberi pek baucer sehingga 50% dari Klook dan Pavilion KL, hadiah mingguan, sehingga ke hadiah utama berpeluang menangi percutian ke Tokyo. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh mengambil bahagian dalam memburu harta karun selama 3 minggu ini.
Caranya… Setiap minggu, petunjuk kod QR akan diletak sekitar Pavilion KL yang boleh didapati di halaman Facebook Klook Travel Hunt pada 10, 17 dan 24 Jun jam 10 pagi. Apa yang anda perlu lakukan ialah menyelesaikan setiap masalah untuk menentukan lokasi di Tokyo Street, mengimbas kod QR di lokasi, dan menjawab beberapa soalan untuk memburu harta karun.
Untuk keterangan lanjut, boleh semak laman web www.klooktravelhunt.com berikut.
3 Hari ‘Berkampung’ di Tokyo Street
Jangan lupa sertai keseronokan di Tokyo Street pada 28 hingga 30 Jun 2019 ini. Apa yang menarik menanti anda? Klook akan memberikan hadiah bernilai sehingga RM10,000 selama tiga hari. Tawaran Beli 1 Percuma 1 ke taman tema paling popular seperti Universal Studios Japan. Nikmati diskaun eksklusif apabila anda menempah dengan JR Pass, Osaka Amazing Pass dan banyak lagi selama 3 hari serta pelbagai lagi.
Untuk keterangan lanjut, semak laman halaman acara, F