Apa sebenarnya BTS WORLD ni? Apa pula kaitan dengan pekerjaan pengurus artis dan BTS ni? Pastinya anda tertanya-tanya bukan? Untuk pengetahuan semua, BTS tidak lama lagi bakal melancarkan aplikasi untuk telefon.
Menariknya, aplikasi ini merupakan permainan simulasi yang di kenali sebagai BTS WORLD dan tugas pemain pula adalah menjadi pengurus bagi kumpulan idol terkenal BTS ini!
[Notice]
Apple/Google Pre-Registration Now Open!
Check out various game-related info now!
[App Store]▶https://t.co/RRz4ZUzcfX
[Play Store]▶https://t.co/TeszfMlTAW#SeeYouSoon #BTSWORLD #Pre_Register_Now pic.twitter.com/rH9dXXJeS1— BTS WORLD Official (@BTSW_official) June 7, 2019
BTS merupakan kumpulan idol yang di anggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook. Ketujuh-tujuh idol ini memiliki karakter serta pesona yang tersendiri! Mana tidaknya lihat saja jumlah fan base yang di kenali sebagai ARMY ini mampu menggegarkan stadium jika berkumpul!
Dan kini BTS tampil pula dengan hasil kerja aplikasi permainan yang menarik dengan plot perjalanan BTS ke arah stardom dengan bantuan pengurus masing-masing!
Di dalam aplikasi BTS WORLD ini terdapat 10,000 gambar-gambar BTS! Dan lebih dari 100 klip yang belum pernah di lihat terdapat di dalam aplikasi permainan ini. Bukan itu saja, permainan ini juga menggunakan soundtrack asal daripada BTS sendiri dan sekaligus menampilkan lagu terbaru yang di bawa oleh Jin, Jimin dan Jungkook.
Sekilas Info Tentang BTW WORLD
Aplikasi permainan simulasi ini boleh di muat turun oleh pengguna iPhone dan Android! Permainan BTS WORLD ini mengisarkan tentang perjalanan BTS pada tahun 2012, setahun sebelum kumpulan idol ini debut.
Anda (pemain) merupakan pekerja bagi syarikat BigHit Entertainment dan anda baru sahaja menjadi pengurus BTS. Di dalam dunia simulasi ini anda bertanggungjawab bagi membentuk sekumpulan idol dari aspek kreativiti, imej dan memastikan perjalanan debut mereka berjalan dengan lancar serta anda harus memimpin mereka untuk menjadi superstar kerana anda tahu mereka ditakdirkan untuk menjadi superstar!
Permainan BTS WORLD ini dihasilkan oleh Netmarble bersama-sama anggota BTS ini cukup menaik baik dari aspek storytelling, visual, video, fan service dan lagu-lagu yang bakal di mainkan di dalam permainan ini pastinya membuatkan peminat die-hard-fan BTS tidak boleh tidur lena!
Jangkaan Tarikh Pelancaran BTS WORLD
Permainan ini dijangkakan akan di lancarkan secara worldwide pada 25 Jun di United States manakala di Asia pada 26 Jun ini nanti. Dan ianya hanya dua minggu dari sekarang! Pastikan anda semua catat tarikh keramat ini dan bersiap sedia untuk memuat turun permainan BTS WORLD di Google Play Store atau App Store nanti!