Pejam celik pejam celik, Aidilfitri bakal menjelma.
Bila bercakap pasal raya, pasti inginkan serba baru. Manakan menukar baju raya, biskut raya, perabot baru, kiranya serba-serbi mahu yang baru.
Mudah sahaja dengan Carousell anda boleh membuat persiapan raya paling berbaloi! Carousell, salah satu daripada pasaraya dalam talian terbesar dan pantas di dunia memulakan musim raya dengan kempen digital Mari Ber-Carousell bersama selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, menggalakkan rakyat Malaysia untuk berjimat cermat ramadhan ini.
Memandangkan Hari Raya Aidilfitri kurang dari sebulan, keluarga di seluruh Malaysia mula membuat persiapan dengan bertungkus lumus mengemas rumah mereka. Supaya tidak berlaku pembaziran, mereka boleh menjual barangan yang tidak digunakan melalui Carousell dan mendapatkan wang untuk meringankan perbelanjaan perayaan atau memberi duit raya.
Bukan itu saja, Carousell juga telah melancarkan ‘Eid’s Raya Bonanza Party’, kempen di mana rakyat Malaysia boleh menyenarai dan menjual barang-barang yang tidak diingini dan tidak digunakan untuk memenangi hadiah-hadiah yang menakjubkan.
- Eid’s Raya Home Bonanza (Perabot & Kelengkapan Rumah): 13 Mei 2019 – 19 Mei 2019
- Eid’s Raya Phone Bonanza (Gajet): 20 Mei 2019 – 2 Jun 2019
Untuk maklumat lanjut mengenai Mari Ber-Carousell, pergi ke [https://my.carousell.com] atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store atau Google Play Store.