H&M berbesar hati untuk mengumumkan kolaborasinya bersama Netflix, tampil dengan koleksi berilhamkan terbitan Stranger Things yang bakal menyiarkan siri musim ketiga tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan semua, koleksi kapsul Stranger Things bersama dengan H&M ini akan merangkumi helaian baju dan seluar untuk lelaki dan wanita, rangkaian pakaian mandi, aksesori, dan lain-lain seperti lanyard wisel, selipar serta tuala mandi.
Secara ekslusifnya juga, kesemua koleksi ini hanya akan dipasarkan di H&M cawangan Lot10 dan menerusi platform atas talian di [hm.com] bermula 12 Jun ini. Untuk keterangan lanjut, sila klik [facebook.com/hmmalaysia].