Hari ini sudah memasuki hari keempat umat Islam di Malaysia berpuasa.
Selalu berbuka di rumah, tapi tiba-tiba hari ini mahukan kelainan berbuka di luar pula. Tapi masalahnya susah nak mendapatkan harga buffet yang murah, yang ada mahal, lagi-lagi kalau berbuka di hotel-hotel. Harga semuanya cekik darah untuk satu kepala sahaja, belum masuk kanak-kanak lagi.
Untuk tidak merunsingkan pembaca Wanista, ini penulis senaraikan beberapa buffet ramadhan tahun ini yang menawarkan harga paling berpatutan dan murah. Kamu mampu untuk bayar.