Rasanya baru sahaja lagi kita menyambut Ramadhan sekitar tahun lalu dan siapa sangka, hari ini kita sekali lagi dibukakan peluang untuk menyambut Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 2019! Alhamdulillah.
Seperti biasa, memang ramai pihak yang berebut-rebut untuk menganjurkan buffet buka puasa termasuklah Hilton Hotel yang berlokasi di Petaling Jaya. Penulis sendiri sempat menghadirkan diri ke restoran Paya Serai yang terletak di sudut lobi hotel dan kalau nak tahu apa sajian menarik yang ditawarkan, ikuti ulasan Wanista.
Tema Makanan Yang Pelbagai
Tidak seperti hotel-hotel lain yang menyajikan menu klise -tertumpu kepada masakan ala kampung dan kambing golek semata, Hilton PJ menawarkan buffet Ramadan yang mengetengahkan lebih berpuluh kumpulan menu menyeluruh dengan lebih 350 hidangan yang dimasak segar!
Manakala, minuman pula terdapat lebih 10 pilihan istimewa dalam kalangan jus yang diperah segar serta minuman campuran berperisa.
Stesen Manisan Mengiurkan!
Bila perut dah kenyang, tentuyulah lidah terasa hendak makan yang manis-manis untuk menghilangkan rasa sebu dan muak kekenyangan kan?
Jangan ketingalan untuk menikmati Durian, biskut timbang untuk mengimbau memori lampau, pelbagai jenis puding, 6 kek autentik, buah-buahan tempatan, aneka gorengan termasuk pisang goreng, keledek, sukun, labu dll, aneka pengat seperti bubur pulut hitam, pengat keladi, pengat labu dan banyak lagi.
Banyak Hidangan Sepinggan Lengkap
Bagi yang tak gemar makan nasi berlauk, boleh cuba lontong dengan nasi impit, Tempura, Roti Naan dengan Ayam Tandoori, Kebab Ayam & Sayuran Segar, Yee Mee Claypot, Aneka Pasta dengan kuah, Steamboat, Mee Bandung dan Sup GearBox.
WAJIB CUBA SARANAN WANISTA
- Kari Ketam Utara Dengan Ubi Keledek
- Nasi Lemak Kukus (Bungkus)
- Putu Piring
- Pajeri Terung Panjang
- Daging Salai Masak Lemak Dengan Rebung
- Roti Boom
- Makanan Laut Bakar (Pari/Sardin/Kembung/Cencaru/Sotong.Udang, Kepah yang ditemani kuah asam, kicap dan sambal belacan)
- Dim Sum
- Mee Udang Cina
- Aneka Lemang (Jagung, Pulut Hitam/Pulut Kuning), Ketupat Palas & Rendang (Ayam/Daging/Kambing)
Secara keseluruhan, Wanista berpuas hati dengan hidangan yang tidak menjemukan. Definisi sebenar buffet Ramadhan terserlah bila Hilton PJ berjaya wujudkan syurga makanan yang mewah dengan adanya gabungan sajian Melayu, India, Cina, Timur Tengah, Barat dan Jawa.
Tidak hanya tertumpu buat mereka yang memiliki selera bebas, bagi yang vegetarian pun kamu masih boleh menikmati buffet yang mengenyangkan dengan adanya aneka hidangan salad segar, kerabu campur dan jeruk buah. Memang tak rugi kalau berbuka di sini.
Dari hidangan barat, masakan kampung, buffet makanan laut, teppanyaki hinggalah kepada aneka kuih-muih, semua ini kamu bisa nikmati sepuas-puasnya hingga kenyang pada harga tidak sampai RM200 seorang!
Lebih dahsyat menu-menunya disediakan secara profesional oleh para chef berpengalaman dan salah seorangnya adalah merupakan tukang masak kegemaran Tun Dr. Mahathir tau!
Bermula jam 7pm – 10.30pm sepanjang bulan Ramadhan dari 5 hingga 4 Jun 2019, harga yang ditawarkan adalah RM168/dewasa | RM89/kanak-kanak (5 – 7 Mei 2019) *** RM189/Dewasa | RM99/kanak-kanak (8 Mei – 1 Jun 2019) *** RM169/dewasa | RM89/kanak-kanak (2 – 4 Jun 2019).
Untuk sebarang tempahan buffet Ramadhan, sila hubungi +603 7955 9122 atau klik [zestpj.com] untuk membuat tempahan secara atas talian. Info lanjut ada [DI SINI].
Selamat berbuka! ❤