Elak Mengantuk, Ini Cara Jaga Waktu Tidur Ketika Bulan Ramadan

Rata-rata orang minggu pertama masuk bulan puasa pasti kelihatan lesu, kelihatan dan mengantuk. Ini adalah perkara normal atas faktor perubahan diet makan dan juga waktu tidur. Bangun sahur pada awal pagi sedikit-sebanyak boleh menganggu pola tidur. Namun itu tidak bermakna bangun sahur penyebab tidak cukup tidur. Ada cara tersendiri untuk kekal sedar dan cergas dalam bulan Ramadan. 

Tidur adalah perkara wajib untuk setiap manusia untuk memastikan kesihatan terjamin bukan sahaja fizikal malah mental. Waktu tidur yang berkualiti juga dapat menjaga tabiat makan dengan baik, sebagai contoh jika anda tidak dapat waktu yang secukupnya menyebabkan selera makan meningkat. Lagi kan pula pada bulan Ramadan, mudah mengantuk dan pastinya perut asyik lapar. 

Jadi bagaimana?

Kuantiti tidur

Dapatkan kuantiti tidur cukup seperti waktu tidur pada bukan bulan Ramadan. Anda kena bijak mengira waktu dan sedia untuk tidur pada jadual yang telah ditetapkan. Contoh yang boleh Wanista beri ialah anda mula tidur pada 11 malam, kemudian bangun sahur pada 4 pagi dan kembali tidur untuk dua jam. Sekurang-kurangnya anda lengkap 6 jam waktu tidur.

Foto – Natural Living Ideas
Tidur dalam gelap

Kualiti tidur yang baik ialah tidur didalam keadaan selasa dan tanpa cahaya. Tidur yang nyenyak bagus untuk mood dan sekaligus memberi anda rasa segar.

Foto – Well+Good
Pilihan makanan berbuka

Faktor utama gangguan tidur pada bulan Ramadan ialah pilihan makanan ketika berbuka. Biasanya kita lebih suka mengikut nafsu seperti makan makanan tinggi kalori, gula dan pedas. Makanan seperti ini menganggu sistem penghadaman dan juga tidur anda.

Foto – MIX
Jangan minum kopi

Minum kopi sama sekali menganggu waktu tidur anda tidak kira semasa waktu berbuka atau ketika sahur. Kafein boleh tinggal didalam tubuh selama 7 jam, jadi pilih minuman panas yang lain dan kurang gula.

Foto – AARP

Sudah anda bersedia untuk menyambut Ramadan?

RUJUKAN 1 & 2  

cara tidur bulan puasakualiti tidur bulan ramadankuantiti tidur bulan ramadantidur bulan puasatips jaga tidur bulan puasawaktu tidur bulan ramadan