Pernah tak selepas beberapa jam memakai gincu kemudian timbul gumpalan putih pada garis bibir anda?
Paling memalukan bila anda menyedarinya setelah berjumpa dengan ramai orang dan tiada seorang pun yang menegur tentang itu. Malu sampai rasa nak menyorok dalam beg!
Gumpalan putih itu boleh terjadi akibat kesan kandungan kimia produk (gincu) yang terkena dengan air liur si pemakai. Masalah ini menyebabkan ramai ingin berhenti memakai sebarang gincu atau lip gloss kerana serik dan terasa insecure. Namun apa yang perlu anda tahu punca terjadinya gumpalan tersebut bukan sahaja dari reaksi bahan dengan air liur tapi juga…
Bibir kering
Kesan bibir kering antara penyebab kesan gincu boleh berkerak dan menimbulkan kesan gumpalan putih. Lebih serius jika anda mengenakan gincu tekstur matte. Bukan sahaja gincu jadi comot tapi bibir juga boleh luka.
Tips: Pastikan lembabkan bibir dengan salap bibir atau bersihkan dengan tisu basah. Selain itu amalkan minum air putih secukupnya. Manfaatnya bukan sahaja olesan gincu jadi lebih lancar malah bibir kelihatan segar dan plumpy.
Kulit mati
Tidak pernah lakukan skrub bibir? Ini lah padahnya.. Bekas kulit mati pada bibir menganggu tekstur produk sekaligus menyebabkan kesan putih pada bibir.
Tips: Skrub bibir sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan hasilnya bibir jadi lebih lembut dan gincu tahan lama.
Ekstra tips dari Wanista lagi sentiasa check solekan kamu terutamanya bahagian bibir akan tidak terjadi lagi ‘buka aib’ sendiri. Hati-hati korang!