Boleh anda bayangkan Matthew McConaughey yang sawo matang merupakan pilihan pertama watak Jack Dawson dalam filem romantik sepanjang zaman Titanic? Aktres Jennifer Lawrence menghadiri ujibakat siri Gossip Girl dan berharap mendapat peranan Serena van der Woodsen.
Di sebalik watak ikonik yang dilakonkan oleh aktor dan aktres terpilih, siapa sangka mereka sebenarnya adalah pilihan kedua pihak produksi filem. Beberapa pilihan pertama terpaksa menolak kerana komitmen lain, malah ada juga yang menolak mentah tidak berminat.
Siapa mereka?
Marilyn Monroe sebagai Holly Golightly – Breakfast at Tiffany’s
Menurut Truman Capote, penulis filem Breakfast at Tiffany’s mahukan Marilyn Monroe memainkan watak Holly, tetapi Monroe menolaknya kerana beliau menggambarkan Holly tidak baik untuk imejnya.
Matthew McConaughey sebagai Jack Dawson – Titanic
Terkejut? Dalam satu temu bual, Kate Winslet mendedahkan bahawa dia mengikuti sesi ujibakat Titanic bersama Matthew McConaughey, bukannya Leonardo DiCaprio.
Julia Roberts sebagai Leigh Anne Tuohy – The Blind Side
Tak dapat bayangkan bagaimana Julia menjadi seorang yang serius dan tegas dalam The Blind Side. Julia dilaporkan tidak berminat dengan skrip ketika dia menerimanya, lantas peranan Leigh Ann diberikan kepada Sandra Bullock.
Emma Watson sebagai Mia Dolan – La La Land
Disebabkan konflik jadual masa yang sama dengan Beauty and The Beast, Emma terpaksa melepaskan filem muzikal La La Land.
Emily Blunt sebagai Black Widow – Iron Man 2
Emily Blunt adalah pilihan pertama untuk memainkan watak Black Widow dalam Iron Man 2. Walaubagaimapun beliau terpaksa menolak kerana kekangan masa.
Charlie Hunnan sebagai Christian Grey – Fifty Shades of Grey
Aktor Charlie Hunnan pada asalnya diletakkan sebagai peneraju filem erotik ini, namun namanya dikeluarkan kerana mengalami nervous breakdown.
Tom Hanks sebagai Jerry Maguire – Jerry Maguire
Ketika Pengarah Cameron Crowe menulis skrip, beliau sudah membayangkan Tom Hanks sebagai watak utama. Tapi sayangnya Tom sibuk mengarah filem pertamanya, “It Thing You Do!”.
Angelina Jolie sebagai Dr. Ryan Stone – Gravity
Pada awalnya, Angelina Jolie dijadualkan akan melakonkan watak Dr.Ryan Stone tetapi melepaskannya di saat akhir.
Serius penulis langsung tak jangka.